9 cara penggunaan kit ujian pengesanan Covid-19

Iklan
9 cara penggunaan kit ujian pengesanan Covid-19

Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag) bagaikan satu peralatan penting buat masa sekarang.

Iklan
Iklan

Ini kerana RTK-Ag adalah kit ujian yang digunakan oleh semua lapisan masyarakat di negara ini bagi mengesan antigen dalam badan.

Iklan

Antigen adalah suatu bahan asing bagi badan yang akan membangkitkan sistem imuniti untuk menghasilkan antibodi.

Iklan

Ujian ini juga boleh mengesan virus Covid-19 dalam badan seseorang individu.

Menurut Pakar Sakit Puan dan Perbidanan dari MetroIVF, Johor Bahru, Dr Ahmad Zharif Hussein, 36, Covid-19 merebak melalui udara dan air liur (air droplet).

Ini bermakna, cara mengesan kehadirannya adalah dengan menggunakan kit ujian yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

"Jika hendak dibandingkan dari segi ketepatan keputusan, Reverse transcriptase Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) lagi tepat dari RTK-Ag.

"Ini kerana keputusan RTK-Ag hanya 90 hingga 95 peratus berbanding RT-PCR yang boleh mencapai 99 peratus ketepatannya.

"Namun begitu RTK-Ag masih boleh diguna pakai untuk saringan Covid-19 dan apabila diteliti dari segi praktikaliti, cost effective dan ketepatan, RTK-Ag amatlah sesuai digunakan oleh para pelajar sekolah,” katanya yang sudah 13 tahun berkhidmat sebagai seorang doktor.

Tambah beliau, RTK-Ag mempunyai dua jenis iaitu RTK-Ag (self test) saliva dan nasal swab samples (sampel air liur dan dari hidung).

"Pada pendapat saya, RTK-Ag saliva sudah memadai untuk pelajar-pelajar sekolah mengenal pasti kehadiran antigen Covid-19 dalam sistem pernafasan mereka kerana ketepatan saliva dan nasal swab samples hampir sama malahan RTK-Ag saliva, harganya amat berpatutan di mana kita boleh memilikinya pada harga RM5 hingga RM10 berbanding dengan RTK-Ag nasal swab samples,” ujarnya.

Sambung Dr Ahmad Zharif, ibu bapa disarankan membeli RTK-Ag yang mempunyai kelulusan Medical Devices Authority (MDA).

"Tidak kira sekolah rendah atau menengah, ibu bapa wajib pantau pembelian RTK-AG ini. Kemudian, lihat bagaimana anak-anak melakukan ujian ini mengikut arahan yang telah disediakan.

"Sekiranya masih berhadapan dengan masalah, boleh rujuk dalam YouTube atau berjumpa dengan doktor di klinik kesihatan bagi mengetahui dengan lebih jelas bagaimana melakukan ujian RTK-Ag saliva berkenaan,” jelasnya.

Akhir sekali, Dr Ahmad Zharif berkongsi sedikit nasihat berkenaan cara penjagaan kebersihan dan kesihatan seseorang individu bagi mengelakkan daripada dijangkiti Covid-19.

  • Pastikan telah mengambil vaksin dan booster.
  • Pakai pelitup muka mengikut spesifikasi KKM jika keluar dari rumah.
  • Basuh tangan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan setiap kali menyentuh barang-barang dari luar.
  • Elakkan berada di tempat sesak dan tertutup dalam tempoh masa yang lama.
  • Mandi dan bersihkan diri sebelum jumpa anak-anak di rumah.
  • Rendam pakaian yang dipakai ketika keluar dengan sabun.
  • Barang-barang yang dibeli secara dalam talian, jangan terus ambil. Biarkan di luar dahulu dalam setengah jam.
  • Jangan hampiri orang yang bergejala.
  • Beli secara pandu lalu daripada makan di dalam kedai. Hendak mudah, tempah makanan secara dalam talian.
  • Elakkan bercuti dalam mahupun luar negara buat sementara waktu. Jika masih hendak teruskan, mohon jaga SOP.

Seterusnya, ini sembilan contoh cara penggunaan kit ujian pengesanan Covid-19 kendiri.

1) Jangan makan, minum atau merokok 30 minit sebelum menjalani ujian.

2) Pastikan isi kandungan kit ujian lengkap dan belum melepasi tarikh luput.

3) Basuh tangan anda sebelum menjalani ujian.

4) Ambil sampel spesimen (mengikut arahan kit ujian).

5) Jalani ujian mengikut arahan kit.

6) Baca keputusan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

7) Basuh tangan anda selepas selesai ujian.

8) Nyahkuman kawasan ujian.

9) Masukkan spesimen dan kit dalam beg plastik dan buang ke dalam tong sampah.

Artikel berkaitan 

5 cara semarakkan motivasi pelajar dalam fasa endemik

"Kami bukan guru yang berprestasi lemah” – Cikgu Norazri

9 cara menghentikan tabiat makan berlebihan, elak obesiti


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok