Tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP 2022 dibuka minggu ini, ISM dengan pendidikan juga boleh mohon

Iklan
Permohonan boleh dibuat pada 25 Mac 2022
CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan mengumumkan penawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) 2022 akan dibuka minggu ini.Bidang-bidang pendidikan yang ditawarkan termasuk Bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Tamil, Pendidikan Islam, Moral, Jasmani dan Kesihatan, Seni Visual, Khas, Dini, Matematik, Sejarah, Geografi, Reka bentuk dan Teknologi, Bimbingan dan Kaunseling, Teknologi Elektrik dan Elektronik dan Teknologi Automotif.Baca jugaEnam pelajar terima Anugerah Kecemerlangan Biasiswa daripada MCKLPengambilan guru secara one-off, GGPUA mahu KPM utamakan graduan ISMP isi jawatan guruPeluang terbuka kepada semua pelajar ISMP universiti awam (UA) yang berkelayakan sahaja.Calon yang ingin mendapatkan biasiswa hendaklah mengikuti pengajian pendidikan di tahun pertama atau tahun kedua di UA.Permohonan secara dalam talian akan dibuka mulai 25 Mac 2022 hari Jumaat pukul 5.00 petang melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm.Tarikh akhir tutup permohonan adalah pada 22 April depan hari Jumaat pukul 5.00 petang.Sebarang maklumat lanjut berkaitan biasiswa boleh e-mel ke penawaran.bb@moe.gov.my atau hubungi di talian 03-83217154.SYARAT PERMOHONANPelajar ISMP mestilah warganegara Malaysia yang tidak berumur melebihi 25 tahun pada 1 Januari tahun permohonan.Calon memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.50 ke atas di peringkat ISMP atau Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan.Pelajar yang mengambil minor dalam bidang pendidikan tidak akan dipilih sebagai penerima biasiswa.Mereka perlu menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) secara dalam talian dan membuat pembentangan video.Sekiranya ditawarkan biasiswa ISMP, pelajar hendaklah melepaskan tajaan sedia ada dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.SENARAI UA YANG TERLIBAT DALAM BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN ISMPUniversiti Islam Antarabangsa (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).