(VIDEO) Cikgu belanja ais kepal, belikan jam untuk murid miskin
Iklan
Tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang guru wanita belanja ais kepal dan belikan jam tangan untuk anak muridnya.Hantaran yang berdurasi empat minit itu berjaya meraih 186,200 tontonan dengan 17,500 tanda suka.Difahamkan murid perempuan itu daripada keluarga miskin iaitu setiap hari cuma mampu makan nasi putih berlaukkan pucuk paku.Baca juga(VIDEO) Hasrat arwah hadiri konvokesyen tidak kesampaian, adik mangsa nahas motosikal pujuk ibu bapa jadi wakil(VIDEO) Tanda hargai jasa, pelajar lawat ‘rumah baharu’ cikguBerbekalkan rasa simpati, guru itu memenuhi hasrat anak muridnya itu untuk makan ais kepal di depan pusat beli belah bersama rakan-rakan sekolah yang lain."Nah, awak punya ais kepal buah."Pemanis mulut inilah yang nak," tanya guru wanita tersebut inginkan kepastian, lalu, murid sekolah rendah terbabit mengangguk."Makan kenyang-kenyang," sambung guru berkenaan.Murid perempuan itu pun makan dengan penuh nikmat sambil tersenyum, sementara, guru 40-an itu dalam nada sebak bertanya,"Sedap ke?.Murid itu sekadar mengangguk tanda setuju dan serta-merta guru wanita itu menangis kerana tidak dapat menahan sedih.Apabila dia menyedari guru tersebut menangis, murid sekolah rendah itu bertanya,"Kenapa cikgu sedih?.Cikgu itu menjawab,"Sedihlah tengok awak makan."Awak nak makan kan?."Cikgu bagi, makanlah," sambil mengesat air matanya dengan tudung bawal yang dipakai.Semasa tengah enak menjamu selera, tiba-tiba selipar murid perempuan itu putus, lalu, pembantu guru itu memberitahu akan membelikannya selipar baru.Selepas itu, murid berkenaan bertanya,"Ini bangunan apa?.Cikgu itu menjawab,"Ini pusat beli belah kecil."Awak tak biasa datang sini ke?," murid itu pun menggeleng tanda tidak pernah.Selepas bersembang, murid berkenaan sudah kekenyangan, sementara, saki-baki ais kepal itu dia simpan untuk diberikan kepada ibunya di rumah.Kemudian, mereka masuk ke dalam pusat beli belah dan singgah di kedai jam.https://www.tiktok.com/@cikpuangojes/video/7068457318597414170?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7077412182660695554Murid itu berkata,"Cikgu nak jam.Guru wanita berkenaan pun memenuhi keinginannya."Boleh."Awak nak yang mana?," tanya guru itu."Saya nak yang warna merah jambu," jawab murid perempuan itu.