Kalkulator saintifik lazimnya digunakan untuk menjawab soalan Matematik yang kompleks.
Ini kerana pengiraan tersebut tidak dapat dirungkai oleh otak dengan kaedah mencongak kecuali yang mudah-mudah sahaja.
Artikel berkaitan
Pupuk minat Matematik usia muda, pendekatan SoroTouch unik
Manusia Kalkulator Malaysia ketengah aplikasi SoroTouch, sasar kanak-kanak kuasai pengiraan
Seiring dengan kemajuan teknologi, alat kira-kira tersebut kini telah diwujudkan dalam bentuk perisian (software).
Justeru, Sinar Bestari ingin menyediakan panduan kepada guru-guru tentang cara memasang perisian kalkulator saintifik Casio ke dalam komputer.
Mula-mula, tekan pautan https://bit.ly/3nwbMEN kemudian akan keluar paparan Google Drive.
Di laman sesawang itu, ia akan menunjukkan dua pemasang di mana masing-masing berwarna hijau dan biru.
Seterusnya, tekan pad tetikus kanan pada fail berwarna biru itu dan tekan ‘download’.
[caption id="attachment_37228" width="612"] Sebelum muat turun, tekan 'right click' pada tetikus[/caption]
Sekiranya kotak pemberitahuan muncul, maka, perlu tekan ‘download anyway’.
[caption id="attachment_37229" width="588"] Tekan butang warna biru untuk meneruskan proses pemasangan.[/caption]
Selesai sahaja muat turun fail, boleh klik fail ‘fxESPLUS’ dan ia akan paparkan 13 jenis model yang hendak dipasang.
[caption id="attachment_37230" width="597"] Kemudian boleh tekan fail yang ditunjukkan 'arrow' merah.[/caption]
Klik salah satu model pada kotak disediakan mengikut standard yang ditetapkan oleh sekolah-sekolah Malaysia dan tekan butang yang menunjukkan ikon komputer seperti dalam gambar.
[caption id="attachment_37231" width="605"] Seterusnya tekan butang yang ditunjukkan 'arrow' hijau.[/caption]
Sesudah muat turun ia akan memaparkan pemberitahuan kebenaran perlesenan, cuma tekan butang ‘Next” dan ‘I accept the terms in the license agreement’.
[caption id="attachment_37232" width="608"] Klik pada butang untuk menerima akses aplikasi kalkulator itu.[/caption]
Untuk kekunci pemasangan, sekadar tekan tetikus di setiap kotak kosong dalam paparan komputer itu, kemudian tekan ‘Next’, ‘Install’ dan ‘Finish’.
[caption id="attachment_37235" width="613"] Ini langkah terakhir sebelum kalkulator boleh digunakan.[/caption]
Akhir sekali kalkulator saintifik digital yang terdapat pada ‘Desktop’ boleh digunakan dengan kaedah yang sama seperti manual.
[caption id="attachment_37236" width="601"] Kalkulator maya siap digunakan![/caption]
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok
Sinar Bestari berharap guru-guru dapat memanfaatkan tutorial ini bagi memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.