Lepasan SPM yang ingin sambung STAM, mohon sebelum 2 April
Iklan
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berhasrat mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Tingkatan Enam, tarikh tutup permohonan adalah pada minggu ini.Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan tarikh permohonan ke Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang itu telah dibuka sejak 18 Mac lalu.Baca jugaSTAM bermula 29 Mac hingga 7 April depan, 7,277 calon akan duduki peperiksaan ituSTAM 2020: Pengorbanan ibu bapa dan guru, suntik semangat peroleh 9 MumtazCalon yang ingin membuat pendaftaran perlu mencapai umur 18 tahun pada tahun peperiksaan STAM atau pernah menduduki peperiksaan SPM.Pemohon mestilah terlebih dahulu berada di Tingkatan Enam sekolah-sekolah yang berdaftar dengan KPM atau agensi kerajaan.Mereka juga hendaklah mengikuti kurikulum Ma’ahad Bu’uth Al-Azhar Al-Syarif.Bagi calon yang terpilih akan menerima surat panggilan pada 7 April 2022 dan menduduki saringan pada 10 April.Tawaran ke Tingkatan Enam STAM di KISAS boleh disemak melalui e-mel mulai 18 April.