Di TikTok, tular rakaman seorang budak lelaki berbaju putih menjual buah mempelam secara sendirian pada pukul 11 malam.
Di keheningan malam itu, pengguna akaun @syacamelia87 bertidak merakam dan memuat naik video budak lelaki berkenaan.
Baca juga
(VIDEO) Kekurangan bukan halangan, guru gigih hias kelas hanya dengan satu tangan
(VIDEO) Bantu kemaskan barang rakan OKU sebelum balik sekolah, cikgu terharu peribadi unggul murid
Difahamkan, wanita itu dipujuk untuk membeli jualannya kerana dia sudah kepenatan.
Semasa budak lelaki berkenaan sedang mengira buah yang dibungkus dalam plastik jernih, @syacamelia87 sempat mengajaknya bersembang.
"Esok awak tak sekolah ke?,” lalu budak lelaki itu menjawab,"Sekolah.
@syacamelia87 bertanya,"Kenapa awak nak suruh saya beli semua?,” budak lelaki tersebut menjawab,"Sebab saya dah penat, nak pengsan.”
https://www.tiktok.com/@syacamelia87/video/7077198535250300187?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7080749551493187074
Disebabkan kasihan melihat gelagat murid sekolah rendah itu, wanita berkenaan bersetuju untuk membeli kesemua buah mempelam yang dijual.
"Kesiannya, pengsan.
"Habis kalau saya beli semua ini berapa ringgit?,” katanya.
Budak lelaki berkenaan menjawab sembilan buah mempelam itu dijual dengan harga RM45.
Kemudian murid itu mengira sekali lagi jualan yang masih tinggal,"Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan.
"Sembilan kali lima, empat puluh lima,” ujarnya.
@syacamelia87 bertanya pukul berapa budak lelaki itu akan bersekolah pada keesokan harinya, dia menjawab,"Esok saya sekolah pukul enam pagi.
Sebelum menamatkan perbualan, wanita berkenaan menghulurkan wang kertas RM50 dan memintanya menyimpan baki RM5,"Tak apalah, baki awak ambil.”
Budak lelaki itu sempat mengucapkan terima kasih, mendoakannya agar dilimpahi rezeki dan menyuruh wanita itu menjaga diri baik-baik.
Rakaman tersebut berjaya meraih 594,300 tontonan dengan 55,900 tanda suka daripada warganet.
Rata-rata mereka memuji tindakan baik murid lelaki terbabit yang sanggup bekerja pada waktu malam di jalanan walaupun masih bersekolah.
@CheTa : Cara dia bercakap, dia murid yang berpotensi, cuma desakan hidup memerlukan dia bekerja.
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok
@Adinda Najmi44 : Saya yang berasa sedih mungkin adik itu tolong mak dia jual jeruk mempelam dapatlah dia buat belanja sekolah nanti.
@Shiha_schaa769 :Pandai dia cari duit, esok besar jaga mak ayah elok-elok.
@dienss2871 : Bagus adik ini, rajin bantu keluarga. Semoga adik dan kakak ini murah rezeki.