WhatsApp Image 2022-03-29 at 4.33.11 PM
WhatsApp Image 2022-03-29 at 4.33.11 PM

(VIDEO) Kekurangan bukan halangan, guru gigih hias kelas hanya dengan satu tangan

Adlan Farhan Azwan
29 Mar 2022 04:34pm
A
A
A

Guru adalah golongan yang bertanggungjawab dalam mencorak masa depan negara.

Selain ibu bapa, guru merupakan contoh terbaik kepada murid-murid di sekolah untuk menerapkan nilai-nilai murni yang diperlukan bagi menjadi seorang individu yang berjaya.

Pelbagai kisah pengorbanan yang dilalui oleh guru yang boleh dilihat menerusi media sosial dalam usaha memastikan anak muridnya mendapat pendidikan yang sewajarnya.

Kali ini, giliran guru berstatus kurang upaya pula mendapat perhatian apabila kekurangan yang dialami tidak menjadi satu penghalang buatnya untuk memastikan anak-anak murid belajar dalam kelas yang kondusif.

Video yang dimuat naik oleh @inspirasitangansolo di laman TikTok itu telah meraih pujian dan perhatian daripada para pengguna laman itu dengan hampir 700,000 jumlah tontonan dan lebih 65,000 tanda suka.

[embed]https://www.tiktok.com/@inspirasitangansolo/video/7079305896001539355?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7063350216812709378[/embed]

Dalam video yang tular itu, guru yang dikenali sebagai Ustaz Abdullah dilihat melakukan pelbagai usaha untuk mencantikkan kelas supaya anak didiknya dapat mengikuti proses pembelajaran dengan selesa.

Antara usaha yang dilakukan olehnya adalah mengecat kelas, menghias papan kenyataan dan membalut meja.

Lebih mengagumkan apabila semua usaha tersebut dilakukan oleh guru itu secara berseorangan tanpa bantuan orang lain walaupun hanya dengan satu tangan saja.

Rata-rata pengguna laman itu yang menonton video tersebut telah memberi kata-kata semangat serta pujian terhadap usaha guru itu.

@erda5782: Delisha kata kelas dia bersih dan cantik sebab Ustaz Abdullah hias. Terbaik ustaz.

@erda5782: Alhamdulillah. Insya-ALLAH cikgu. Saya pasti cikgu boleh kongsi aura positif di TikTok pula. Semoga terus dipermudahkan segala urusan cikgu.

@adiayaya3452: Sudah separuh video, baru saya perasan ada sebelah tangan saja. Hebat cikgu.

Artikel berkaitan 

(VIDEO) Tanda hargai jasa, pelajar lawat ‘rumah baharu’ cikgu

(VIDEO) “Terima kasih cikgu, bagi duit dekat saya untuk buat cermin mata”

(VIDEO) “Meremang tengok adik ni berlakon” - Murid SK Putra lakon semula babak filem Mat Kilau raih pujian warganet


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan