(VIDEO) Gigih jalan kaki 10 kilometer ke sekolah seawal 6.30 pagi, warganet cadang hadiahkan basikal

Iklan
video mengenai kegigihan seorang pelajar pergi sekolah dengan berjalan kaki Gigih jalan kaki 10 kilometer ke sekolah seawal 6.30 pagi, warganet cadang hadiahkan basikal

Di Instagram, pensyarah di Kolej Uniti, Port Dickson dengan nama pengguna, @hasanuddinfly telah berkongsikan video mengenai kegigihan seorang pelajar pergi sekolah dengan berjalan kaki.

Iklan
Iklan

Difahamkan, beliau tertarik dengan semangat pelajar di Melaka yang dikenali dengan nama  Iskandar itu kerana sanggup meredah perjalanan jauh dari Kampung Tehel ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bemban.

Iklan

Baca juga

Iklan

4 tip keselamatan bas sekolah yang perlu murid ambil tahu

Kanak-kanak 6 tahun jalan kaki ke sekolah, jurugambar kongsi suasana selamat di Jepun

"Minggu lepas, setiap kali nak hantar anak-anak saya ke rumah pengasuh dan ke tadika.

"Seawal jam 6.30 pagi saya akan terserempak dengan adik Iskandar ini berjalan kaki,” katanya dalam laman Instagram, baru-baru ini.

https://www.tiktok.com/@hasanuddinfly/video/7068072037759159578?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7080749551493187074

Menurutnya, jarak antara Kampung Tehel ke SMK Seri Bemban itu lebih kurang 10 kilometer.

Jika Iskandar berjalan kaki, ini bermakna beliau mengambil masa lebih kurang satu jam untuk sampai ke sekolah.

Bagaimanapun, ia berbalik kepada tahap kelajuan seseorang itu berjalan, jika cepat, maka, sebelum 7.30 pagi boleh sampai ke sekolah.

"Kasut pun dah koyak sampai cikgu tegur.

"Alhamdulillah, minggu ini Iskandar dah naik bas sekolah,” ujarnya.

Video yang dimuat naik @hasanuddinfly berjaya mendapat perhatian daripada warganet sehingga mencatat 2.1 juta tontonan di Instagram.

Pengguna @faezah_afinasofea menyifatkan perjalanan Iskandar itu terlalu jauh dengan berjalan kaki kerana baginya yang duduk di Jasin, jika, menaiki kenderaan juga terasa jauh.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Sementara itu, @norhalimahidris mencadangkan warganet yang lain untuk mengumpul dana bagi membelikannya basikal.

Pengguna @maimunahmaas juga menyokong cadangan menghadiahkan basikal kepada Iskandar kerana beranggapan kos menaiki bas sekolah pada masa kini mahal.

Insya-ALLAH, semoga ada insan-insan mulia yang dapat membantu Iskandar segera.