10 tip diet mudah sahur cara Kevin Zahri. Guru dan pelajar boleh tiru langkah ini!

Iklan
10 tip diet mudah sahur cara Kevin Zahri. Guru dan pelajar boleh tiru langkah ini!
Diam tak diam, sudah beberapa hari umat Islam menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadan.Dalam tempoh tersebut, sudah tentu pelbagai menu menarik telah dinikmati oleh guru dan pelajar ketika waktu berbuka dan juga bersahur.Hidangan sedap seperti nasi kerabu, nasi ayam penyek, murtabak, roti jala, roti john, apam balik, onde-onde dan cucur udang adalah antara makanan yang wajib ada di atas meja untuk dimakan bersama keluarga tercinta.Bagaimana pula bagi mereka yang sedang berdiet? Adakah menu-menu ini sesuai untuk dinikmati pada waktu berbuka dan juga bersahur?Baca juga10 tip diet mudah sahur cara Kevin Zahri. Guru dan pelajar boleh tiru langkah ini!"Inilah ilmu yang tidak tertulis dalam buku teks", guru terharu dengan layanan diterima murid istimewa daripada rakan sekelasBagi membantu anda, Sinar Bestari kongsikan 10 tip dan amalan dari pakar kecergasan terkenal, Kevin Zahri ketika bersahur.Jom tengok apa yang beliau lakukan.1) Jangan ‘ponteng’ sahurIa penting untuk bekalan tenaga dan sunah dalam amalan puasa.2) 400-600 kalori (kcl)Cuba target jumlah pengambilan dalam 400-600kcl.3) Segenggam karboIa sumber tenaga utama badan.4) Komplex karboMemberikan tenaga yang tahan lebih lama. Jadi pilih karbo yang berserat.5) Protein yang bersihProtein mengenyangkan

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

6) Elak garamIa mempercepatkan dehidrasi. Pilih makanan yang ada potassium7) Elak kafeinKafein juga mempercepatkan dehidrasi kerana ia diuretik.8) Elak minuman gasMinuman ini mengandungi kafein juga.9) Jangan minum terlalu banyak airLebih banyak anda minum, lebih cepat ia akan dibuang. Dua hingga tiga gelas mungkin sudah cukup.10) Elak suhu melampau (extreme)Suhu yang terlalu panas atau sejuk akan mengejutkan sistem penghadaman.