278468858_681225689756294_5156792175407846647_n
278468858_681225689756294_5156792175407846647_n

Guru tetap kuat untuk mengajar walaupun dalam keadaan sakit

Adlan Farhan Azwan
14 Apr 2022 03:23pm
A
A
A

Menjadi seorang guru bukan mudah kerana golongan ini mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna.

Banyak pengorbanan yang terpaksa dilalui oleh mereka yang sememangnya tidak ternilai dan tidak sesekali boleh dibeli dengan wang ringgit.

Kisah pengorbanan seorang guru telah banyak memberi kesedaran tentang betapa pentingnya kewajipan mendidik anak-anak murid dalam memastikan masa depan mereka cerah.

Baca juga

(VIDEO) Murid tumpahkan air baring atas lantai kelas, guru pujuk bangun terhibur lihat gelagat

(VIDEO) Anak mengadu kelas panas, bapa terus beli 5 kipas

Baru-baru ini tular satu video yang dimuat naik oleh @ZAM menerusi laman TikTok memaparkan seorang guru kelihatan dalam keadaan tidak begitu sihat tetapi masih kuat untuk hadirkan diri ke sekolah dan mengajar anak-anak murid.

[video width="576" height="1024" mp4="https://sinarbestari.sinarharian.com.my/wp-content/uploads/2022/04/278468858_681225689756294_5156792175407846647_n.mp4"][/video]

Video yang berdurasi 13 saat itu menunjukkan guru terbabit duduk di dalam kelas sambil mengajar. Apa yang membuatkan ramai pengguna laman itu tersentuh ialah guru berkenaan juga kelihatan sedang memakai alat bantuan pernafasan.

Menurut pemilik video, tujuannya membuat perkongsian tersebut adalah untuk mengajak pelajar agar terus menghormati dan menyayangi guru.

“Pengorbanan setiap guru berbeza-beza tapi masih mempunyai matlamat yang sama iaitu memberi ilmu kepada pelajar- pelajar di sekolah,” katanya.

Meskipun berada dalam situasi sebegitu, guru tersebut tetap memikirkan pendidikan anak-anak muridnya di sekolah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ramai pengguna turut bersimpati dengan nasib yang menimpa guru itu dan sempat memberikan kata-kata semangat serta doa agar kembali sihat seperti sedia kala.

@UwU kimmy:Besar perjuangan cikgu yang ingin mendidik anak bangsa. Semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan cikgu dan memberikan kesembuhan untuk cikgu.

@Cik_gadis: Betul, hargai cikgu yang mengajar kita, dia hendak tengok kita berjaya dunia dan akhirat, amin.

@syhir:Sekolah saya, guru dengan berkerusi roda, tetapi masih usaha untuk mengajar dan datang ke kelas . Semoga diberikan kesembuhan dengan cepat.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan