KOTA BHARU - Sesi persekolahan secara bersemuka bermula hari ini membabitkan seramai 130,177 murid sekolah di negeri Johor, Kedah, Terengganu dan Kelantan dan Johor berjalan lancar.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, seramai 546,049 murid Tahun Tiga, Empat dan Lima di 1,558 sekolah yang terlibat dengan penggiliran sebelum ini akan mula hadir ke sekolah tanpa penggiliran.
"Bagi 415,872 murid di negeri kumpulan B pula, mereka akan memulakan sesi tanpa penggiliran mulai esok.
Baca juga
Ibu bapa tarik nafas lega, sesi persekolahan tanpa penggiliran dilaksanakan
Kehadiran ke sekolah tanpa penggiliran tertakluk kepada analisis dan kajian – Radzi
"Secara keseluruhan, seramai 5,074,927 juta murid, masing-masing 2,966,893 bagi sekolah rendah dan 2,108,034 sekolah menengah akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran bagi penggal 1, sesi persekolahan 2022/2023 yang bermula 21 Mac lalu,” katanya menerusi satu hantaran di laman rasmi Facebook milik beliau.
Terdahulu, Mohd Radzi berkesempatan untuk Kelantan bagi meninjau pengoperasian sekolah, termasuk beberapa buah sekolah di Ketereh yang baru memulakan persekolahan tanpa penggiliran sepenuhnya.
"Saya dapati pengoperasian sekolah berjalan lancar serta teratur. Pihak sekolah, khususnya guru-guru juga kelihatan cukup bersedia menerima kehadiran semua murid bagi mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di sekolah,” jelasnya.
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok
Beliau berterima kasih kepada murid, guru dan ibu bapa yang sentiasa bekerjasama erat dalam memastikan sesi persekolahan berjalan dengan teratur dan lancar, sekaligus membolehkan semua murid kembali ke sekolah.
Mohd Radzi turut memohon kerjasama dan jasa baik ibu bapa untuk sama-sama patuhi ketetapan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi memastikan sekolah dapat terus dibuka dalam keadaan selamat demi pendidikan anak-anak generasi pewaris negara