Anak autisme perlu ada kemahiran ini sebelum bersekolah

Iklan
Panduan buat ibu bapa pastikan anak autisme ada kemahiran asas ini sebelum bersekolah

Di sekolah, murid autisme mempunyai peluang mendapat pendidikan di kelas Murid Berkeperluan Khas (MBK) dan sebelum bersekolah, ibu bapa serta penjaga wajib mendidik murid ini dengan beberapa keupayaan asas.

Iklan
Iklan

Ini bagi meringankan beban guru MBK ketika mengajar anak mereka di sekolah.

Iklan

Justeru, Sinar Bestari kongsikan enam kemahiran asas sebelum menghantar anak mereka ke sekolah.

Iklan

Perkongsian ini dipetik daripada ucapan Pensyarah Pendidikan Khas, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Hasnah Toran di YouTube miliknya.

****

1- Kemahiran ke tandas

Murid autisme yang dilatih berdikari ke bilik air akan memudahkan tugasan guru dan pembantu guru.

Terutama bagi mereka yang menduduki kelas pendidikan khas di sekolah kerajaan kerana bilangan guru yang terhad.

Jika ibu bapa tidak melatih anak mereka ke tandas sendiri bimbang guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk melengkapkan silibus.

2- Kemahiran tingkah laku

Ibu bapa perlu memastikan anak mereka tidak mempunyai tingkah laku negatif, agresif dan suka mengganggu.

Ini kerana kelakuan tersebut menyukarkan guru-guru untuk mengajar murid autisme dalam bilik darjah.

Tambahan lagi, kelakuan ganas tersebut juga boleh menimbulkan pergaduhan sesama murid pendidikan khas.

3- Kemahiran patuh arahan

Sebelum anak autisme dihantar ke kelas pendidikan khas, ibu bapa perlu memastikan mereka dapat mengikut arahan.

Kebiasaannya, kanak-kanak ini mudah mendengar kata ibu bapa yang lebih dekat dengan mereka.

Sekiranya amalan ini diterapkan dalam kalangan murid autisme, mereka dapat mengikut perintah guru pendidikan khas tanpa perlu diulang banyak kali.

4- Kemahiran fokus dan siapkan kerja

Kira-kira seminggu sebelum anak autisme ini bersekolah, ibu bapa boleh melatih mereka membina kemahiran menumpukan perhatian dan menyiapkan kerja dalam masa 15 minit.

Bagaimanapun, seandainya sasaran tersebut tidak tercapai boleh teruskan mencuba langkah itu berulang kali.

Walaupun mengambil masa yang agak lama untuk membina kemahiran ini, ibu bapa perlu bersabar demi memudahkan tugasan guru pendidikan khas nanti.

5- Kemahiran belajar dalam kumpulan kecil

Dalam kelas pendidikan khas, jumlah minimum murid adalah antara enam hingga sepuluh orang.

Semasa aktiviti berkumpulan kecil ini berlangsung, murid autisme yang mampu berdikari dapat bekerjasama sesama rakan yang lain.

Sekiranya mereka masih bergantung dan mengharapkan perhatian daripada guru pendidikan khas, ini menyukarkan proses pembelajaran.

6- Kemahiran asas berkomunikasi

Tidak dinafikan rata-rata murid istimewa ini mempunyai kesukaran bertutur seperti rakan sempurna yang lain.

Sekurang-kurangnya ibu bapa boleh melatih murid autisme ini untuk memberitahu guru keperluan yang perlu dipenuhi.

Ibu bapa boleh menyediakan kad bergambar sebagai alternatif kepada mereka jika anak autisme tidak mampu bertutur dengan baik.

Semoga bermanfaat!

Artikel berkaitan 

Peranan Guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak lahirkan modal insan holistik

Jadikan kelas sentiasa ceria, ini 9 ciri yang wajib guru ada. Pasti berkesan!

253 murid terima watikah pelantikan, ikrar jalankan tugas dengan amanah


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok