Anak 5 tahun masih gagal membaca? Ini penjelasan daripada pengetua tadika

Iklan
Anak 5 tahun masih gagal membaca? Ini penjelasan daripada pengetua tadika

Normal ke jika kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun masih tidak boleh membaca?

Iklan
Iklan

Inilah antara soalan yang sering dikemukakan oleh ibu bapa kepada guru-guru di sekolah.

Iklan

Bagi menjawab persoalan itu, Guru Pendidikan Awal Kanak-kanak yang juga Pengetua Tadika Ashikin Hashim, tampil memberi penjelasan menerusi telegram Nota Keluarga Ashikin Hashim, baru-baru ini.

Iklan

Menurut beliau, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa adalah periksa situasi anak. Adakah dia tidak boleh membaca langsung atau boleh sikit-sikit.

"Kemudian, yang dikatakan tidak boleh membaca ini adakah boleh bercakap dan faham pada arahan atau tidak?

"Jika anak boleh bercakap, komunikasi bagus, faham arahan, pandai pakai baju, pandai naik tangga, pandai berkawan dan semuanya, ini bermakna anak itu dalam keadaan yang baik,” katanya.

Cuma, satu perkara sahaja yang anak-anak masih belum boleh menguasai iaitu membaca.

"Percayalah, anak anda bukan tidak boleh membaca, anak anda bukan lambat, anak anda bukan tidak pandai.

"Dia baru berumur 5 tahun. Bukan 25 tahun.

"Dan seorang anak kecil perlukan proses. Dia tidak akan belajar semua benda dalam satu masa. Hendak serasi dengan sekolah baharu pun anak akan mengambil masa. hendak berkawan dengan kawan baharu pun anak ambil masa. Jadi kita perlu sabar sekiranya anak tidak mampu membaca pada umur sebegini,” jelasnya.

Mak-mak…

Membaca bukan satu-satunya benda yang anak kena belajar.

Saya (Cikgu Ashikin) pernah ada beberapa orang anak murid yang masih belum pandai membaca tapi berani berhadapan dengan orang ramai di atas pentas, boleh hafal skrip, hormat guru, ada belas ihsan terhadap kawan. Masha-ALLAH.

Ya membaca penting, tapi bukan dengan meminggirkan kemahiran yang lain.

Mari saya bantu anda. Sebelum hendak anak pandai baca, kena ada syarat dahulu.

Apakah syaratnya? Jom kita tengok.

1) Jangan gopoh atau tergesa-gesa hendak anak pandai membaca. Anak kita bukan robot. Mereka manusia biasa yang perlukan ruang dan masa untuk belajar.

2) Jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Sedangkan dalam kalangan adik beradik pun dah berlainan inikan pula anak jiran. Anak kita punya upaya dan kekuatannya yang tersendiri. Jadi, bantulah mereka.

3) Jangan tidak tahu bahawa membaca ini adalah satu proses. Ia bukan berlaku secara tiba-tiba atau anak lahir terus pandai. Ia juga tidak berlaku dengan pantas saat anak masuk tadika. Proses ini panjang dan kompleks. Berlainan mengikut keupayaan anak. Maka bersabarlah.

4) Jangan ingat tadika anak tempat sepatutnya anak pandai baca. Guru hanya pemudah cara tetapi ibu bapalah guru pertama dan rumah pula sekolah utama. Jadi proses membaca seharusnya bermula dari rumah.

5) Jangan lupa siapa yang bagi kita pandai? Ya…ALLAH. Setelah kita berhempas pulas hendak pandaikan anak, yang bagi pandai sebenarnya bukan kita tapi ALLAH. Kita minta kepada ALLAH supaya diberikan kekuatan dan ilmu dalam mendidik anak. Jika anak punya masalah, bawalah kepada yang pakar.

Baik. Ini langkah-langkah yang perlu kita ambil dan mulakan seawal mungkin.

Saya pernah bertanya kepada seorang Ahli Terapi Cara Kerja (Occupational Therapist), pada umur berapakah kita perlu risau jika anak masih belum tahu membaca langsung? Beliau berkata, pada hujung tahun Darjah 1.

Jadi, jika anak sekarang baru 4 tahun dan masih belum tahu membaca, itu normal.

Jika anak sekarang 5 tahun dan masih belum tahu membaca, ini juga masih normal.

Jika anak sekarang 6 tahun dan masih belum lancar membaca, ini juga normal.

Cuma bila anda atau guru mereka mendapati yang anak anda perlukan pemeriksaan pakar kerana sebab-sebab kesihatan dan masalah pembelajaran contohnya, bawalah berjumpa pakar.

Jom kita mula ajar anak membaca cara santai dan tidak stres.

Mulakan dari bayi. Bagaimana? Komunikasi dan interaksi dengan anak. Jangan mulakan dengan skrin. Maksudnya jangan perkenalkan gajet. Belum tiba masa.

Ajar anak membaca bukan hanya dengan tunjuk buku semata-mata. Bila kita sempitkan skop membaca hanya dengan buku, maka kita tidak dapat hendak bantu anak sendiri.

Sebenarnya banyak sangat sumber yang boleh bantu dia. Seperti bercerita atau bacakan buku (bacakan buku ya bukan suruh anak baca buku sebelum dia tahu membaca. Beza tu). Dengan cara ini, ia dapat membantu anak meningkatkan kosa katanya. Bila kosa kata anak banyak, maka bila belajar baca akan jadi mudah. Sebab dia sudah kenal banyak bunyi huruf dan banyak kenal benda.

Komunikasi dengan anak sekerap yang mungkin. Walaupun bayi, biasakan bercakap dengannya. Bila anak sudah semakin besar berbuallah dengan mereka ketika membeli belah, ketika pakaikan baju, ketika bermain, ketika memasak atau ketika bawa kereta. Komunikasi akan jadi terbantut atau terhalang jika kita hanya berikan anak gajet.

Main, main, main. Berilah peluang dan ruang secukupnya untuk mereka bermain. Bila main, anak akan belajar banyak benda termasuklah mengumpul kosa kata, membina ayat, menyoal, menjawab soalan dan berinteraksi dengan orang sekeliling. Inilah antara kunci bagi memudahkan proses membaca.

Bacakan buku. Bacakan buku ini sangat powerful. Selain boleh tambah kosa kata anak, ia juga dapat tambah ilmu pengetahuan am anak. Dan yang paling best dapat rapatkan hubungan kita dengan mereka.

Manfaatkan waktu sebelum anak tidur. Iaitu sebelum anak sampai ke peringkat deep sleep atau tidur lena. Berbuallah dengan anak. Masa ini sangat bagus untuk menasihati mereka kerana masing-masing dalam keadaan paling tenang dan mudah dengar kata.

Inilah peringkat pertama untuk anak-anak membaca. Tiada guna apa-apa metod hendak bagi anak pandai membaca. Mulakan dengan komunikasi.

Kita belajar fun-fun je. Jangan stres. Janganlah guna buku 24 jam. Anak-anak belajar secara hands-on dan bermain.

Belajarlah juga membaca dari tanda jalan, tajuk akhbar, label, senarai barang, poster dan sebagainya.

Insya-ALLAH jika anak kita tiada masalah kesihatan dan pembelajaran, anak pasti boleh membaca. Kuncinya sabar dengan proses ini, konsisten dengan usaha dan yakin dengan hasilnya nanti.

Selamat mendidik dengan kasih sayang.

Artikel berkaitan 

Terkejut dengan pemergian rakan-rakan, satu kelas turut rasa sayu

Rezeki terpilih jadi cikgu, Azhari bersemangat nak mula mengajar

Punya semangat yang luar biasa, Nor Shazlina sanggup sengkang mata demi dapatkan ijazah kedua


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok