Kali pertama sertai sukan SEA ke-31, pelajar politeknik ini nekad ‘bawa pulang’ pingat untuk Malaysia
Iklan
Pelajar Semester Satu, Diploma Pemasaran Politeknik Merlimau (PMM), Melaka, Ayzek Hakimi Safingan, 19, akan berusaha sebaik mungkin untuk mengharumkan nama negara pada Kejohanan Southeast Asian Games (Sukan SEA) yang kini berlangsung sehingga 23 Mei di Hanoi, Vietnam.Dia yang terpilih mewakili Malaysia dalam acara Petanque berkata, Sukan SEA ke-31 adalah sukan terbesar yang pernah dia sertai ketika ini."Ini adalah kali pertama saya mewakili negara selepas beberapa siri kejayaan yang dikecapi menerusi beberapa kejohanan sebelumnya."Sudah tentu saya sangat gembira dan amat bersyukur kerana terpilih sebagai atlet acara Petanque kategori Triple Lelaki."Bukan mudah tanggungjawab yang saya bawa ini. Ia sangat berat untuk digalas. Doakan saya agar dapat buat yang terbaik dalam sukan tersebut," kata anak jati kelahiran Selangor ini.Baca juga 3 murid terharu guru datang ke rumah beri sumbangan, hanya doa mampu diberikan untukmu cikguKenali permainan tradisional yang popular satu ketika dahulu. Pelajar wajib tahu ini!Beritahu anak ketiga daripada tujuh adik beradik ini, sokongan daripada keluarga, warga PMM dan seluruh rakyat Malaysia akan dijadikan penguat semangat untuk dia merangkul pingat di Sukan SEA nanti."Kedua ibu bapa; Pengarah PMM, Norizam Sekak; Ketua Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan, Amir Awang Muda dan ramai lagi, antara yang memberi kata-kata semangat ketika menghantar saya ke lapangan terbang baru-baru ini. Insya-ALLAH, saya akan melakukan yang terbaik demi PMM, Melaka dan negara," jelasnya.Temasya Sukan SEA 2021 yang memasuki edisi ke-31 itu dibuka secara rasmi dalam suasana penuh gemilang dan meriah di Kompleks Sukan Nasional My Dinh, baru-baru ini.Temasya berkenaan telah dibahagikan kepada tiga segmen, iaitu ‘Vietnam Yang Ramah’, ‘Asia Tenggara Yang Kuat’ dan ‘Asia Tenggara Yang Menyinar’.Ia telah dimulai dengan acara tabik hormat kepada bendera Vietnam dan nyanyian lagu kebangsaan tuan rumah.