11 anak yatim raih pengalaman bersama mahasiswa kulinari, rasai makan malam ala Eropah

Iklan
0295CBCC-0A71-40F0-8A65-48D2FB9DE18A
SUBANG JAYA - Seramai 11 anak yatim berumur 12 hingga 17 tahun dari Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Raudhatul Jannah, Batu Caves, Selangor menghadiri majlis makan malam Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan Taylor's University di Restoran Truffles.Menurut Pengarah Program Advanced Diploma in Patisserie and Gastronomic Cuisine (ADC) dan Diploma in Culinary Arts, Aaron Tang, jamuan tersebut bertujuan mendorong anak-anak yatim untuk menceburkan diri dalam bidang kulinari dan hospitaliti.Baca jugaBekas cef, pensyarah Perancis kongsi 20 tahun pengalaman kulinari bersama mahasiswa MalaysiaSeni kulinari bukan sekadar masakan, lebih banyak IPT tawar program seni kulinari"Kami ingin mempamerkan yang terbaik melalui makan malam ini dan sesi bersama ahli akademik dari apa yang kami tawarkan."Harapan kami untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada kanak-kanak ke arah pengajian dan kerjaya masa depan dalam industri kulinari dan hospitaliti," katanya pada majlis Hari Raya Aidilfitri di Subang Jaya, semalam.[caption id="attachment_38852" width="600"] Anak-anak yatim yang berkesempatan meluang waktu pada majlis makan malam Hari Raya Aidilfitri, Taylor's University[/caption]Selain menikmati juadah yang dihidangkan, anak-anak yatim tersebut turut menyertai pelbagai aktiviti seperti sesi ceramah motivasi mengenai industri kulinari dan hospitaliti oleh pensyarah, Abd Halim Tumin dan Reuben Arthur.Selepas itu, demonstrasi adab makan dan minum di mana mereka memerhati proses penyediaan ‘mocktail Raya Nojito’ yang memaparkan ramuan tempatan seperti limau kasturi, asam boi, longan dan serai.[caption id="attachment_38850" width="600"] Demonstrasi membuat air diajarkan kepada salah seorang penghuni rumah kebajikan tersebut[/caption]Salah seorang pelajar yang menetap di rumah kebajikan, Puteri Nadia Nursahhira Mohd Fairol, meluahkan rasa gembira sepanjang acara makan malam itu berlangsung."Saya berasa seronok berkumpul dan meraikan hari raya di Taylor’s bersama rakan sebaya, terutamanya menyaksikan tatacara penyediaan makanan ‘fine dining’ sebelum dihidangkan."Ramai di antara kami tidak pernah menikmati hidangan seperti ini, jadi ia merupakan suatu pengalaman yang cukup menarik."Tergerak juga hati saya untuk mempertimbangkan bidang hospitaliti atau seni kulinari sebagai kerjaya masa depan," katanya.Bersumberkan inspirasi masakan Perancis dan Itali, empat hidangan termasuk Seafood Cannelloni, Pumpkin Soup, Chicken Ballotine, Creme Brulee, Cream Puff dan Opera Cake untuk pencuci mulut semuanya disediakan oleh barisan cef berpengalaman dan pelajar Taylor’s Culinary Institute (TCI).[caption id="attachment_38851" width="600"] Barisan menu dari Eropah dihidangkan kepada anak yatim, penyelia dan jemputan media[/caption]Acara makan malam itu juga berfungsi sebagai sesi penghantaran buat pelajar ADC yang sedang berada di peringkat tahun akhir pengajian mereka di Taylortarget="_blank"'>"Saya berharap dapat menggunakan kemahiran kulinari yang dipelajari untuk menaikkan taraf restoran-restoran di Malaysia."Saya sangat berminat untuk memasak di restoran Bintang Michelin dan jika peluang datang, saya juga ingin memulakan perniagaan sendiri sebaik sahaja menamatkan pengajian. Bagaimanapun, saya pasti akan meneruskan kerjaya dalam industri makanan dan minuman," ujarnya.