National Science Challenge 2022: Platform pupuk minat pelajar bidang STEM
Iklan
KUALA LUMPUR - Pertandingan National Science Challenge (NSC) 2022 anjuran Akademi Sains Malaysia (ASM) yang mengangkat tema ‘Pembangunan Lestari untuk Kesihatan Planet berteraskan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE)’ kini dibuka untuk pendaftaran kepada semua pelajar seluruh negara berumur 13 hingga 16 tahun mulai 15 April hingga 8 Jun 2022.Sejak 39 tahun yang lalu, NSC telah berkembang daripada hanya sekadar kuiz sains kepada menjadi salah satu pertandingan sains terulung di negara ini, memberikan cabaran berasaskan standard yang tinggi kepada pelajar sekolah menengah.Baca jugaMaxis eKelas anugerah pelajar ‘penjelajah angkasa’ paling inovatif dalam pertandingan STEM terulungPertandingan ‘DIY Made Simple’ kembali, penyertaan dibuka sekarangIa memupuk kemahiran pelajar muda yang berbakat untuk mengukuhkan keupayaan dan kemahiran mereka di luar bilik darjah sekali gus membentuk minat dalam pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).Ketua Pegawai Eksekutif ASM, Hazami Habib berkata, sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), ASM, melalui pertandingan ini, menumpukan kepada usaha memupuk, mempromosi serta meningkatkan minat pendidikan STEM kepada pelajar sekolah di seluruh negara."Merujuk kepada tema tahun ini, ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar untuk melindungi dan menjaga satu-satunya planet yang kita diami serta mempunyai pemahaman bahawa terdapatnya kesalinghubungan organisasi kehidupan dan alam sekitar," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.Menurut beliau, pihaknya sentiasa menantikan idea dan prototaip yang akan dipamerkan dan berkemungkinan konsep itu boleh digunakan mencipta pelaksanaan yang berguna untuk masa depan yang mampan."Untuk rekod, kajian impak pada 2019 telah menunjukkan bahawa NSC memainkan peranan penting memupuk minat pelajar dalam STEM dan meningkatkan kemahiran insaniah mereka, seperti komunikasi, kerjasama pasukan, pemikiran kritis, kreativiti, penyelesaian masalah dan pengurusan masa," jelasnya.NSC 2022 telah mendapat sokongan daripada rakan kongsi strategik: Young Scientists Network (YSN), Kementerian Pendidikan (KPM), Majlis Amanah Rakyat (MARA), CREST, Sasbadi Online Sdn Bhd, Persatuan Mikrobiologi Malaysia, Persatuan Kimia Amerika (ACS) Malaysia dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah.