HFMD: Jangan hantar anak ke sekolah atau taska sekiranya bergejala - Khairy

Iklan
1759469
KUALA LUMPUR - Sekiranya anak mempunyai tanda-tanda awal gejala penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), ibu bapa dinasihatkan untuk tidak menghantar mereka ke sekolah ataupun taska, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.Menurutnya, kebanyakan kes HFMD berlaku di taska dan sekolah merebak melalui air liur yang berpunca daripada tangan kanak-kanak.Baca jugaCegah sebelum parah! Guru, ibu bapa dan murid mohon peka situasi HFMD yang semakin meningkatMemilih makanan sihat untuk murid sekolah. Ini panduannya!"Apa yang penting adalah penerangan kepada ibu bapa mengenai apakah itu HFMD, gejala dan tanda penyakit itu serta langkah-langkah yang perlu dilakukan jika mengesan HFMD pada kanak-kanak."Kedua, ibu bapa perlu meningkatkan lagi kesedaran anak mereka tentang kebersihan kendiri seperti membasuh tangan dan semua ini kita sudah belajar melalui pandemik Covid-19," katanya kepada media selepas Program World Asthma Day 2022 di Connexion Conference & Event Centre (CCEC), Bangsar South, Kuala Lumpur.Dalam pada itu, beliau turut menegaskan pemilik premis terutamanya taska dan tadika supaya sentiasa melakukan kebersihan pada premis mereka.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

"Pembersihan ini mesti dibuat pada setiap hari agar semua permukaan dapat dicuci dan jika tidak, ia akan menyebabkan kesan HFMD untuk merebak."Pemberitahuan daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) kepada masyarakat setempat tentang titik-titik panas penyakit ini juga perlu dilakukan," jelasnya.