Nur Faizzatul dan Fatin Mahirah berbakat dalam bola jaring, harum nama sekolah dan daerah Johor

Iklan
Fatin Mahirah (kiri depan) bersama pasukan bola jaring Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suktan Ibrahim, Kulai, Johor.

Aktiviti kokurikulum sekolah terutamanya sukan yang membabitkan pelajar-pelajar pelbagai peringkat bukan sahaja untuk amalan gaya hidup sihat tetapi ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepentingan riadah tersebut dalam kalangan mereka.

Iklan
Iklan

Pada masa yang sama, bersukan juga dapat membentuk kemahiran dalam diri setiap individu bagi setiap permainan yang dilakukan.

Iklan

Inilah yang dibuktikan atlet Sekolah Kebangsaan Taman Kota Kulai, Johor, Nur Faizzatul Akmal Mohd Sahor, 12, apabila berjaya mewakili sekolahnya dalam sukan bola jaring.

Iklan

Baca juga

Jurulatih Lili Murnni kongsi tip jadi atlet bola jaring berjaya

Sukan bola jaring buka laluan kerjaya – Fazdlun

Dia mula berkecimpung dalam permainan bola jaring sejak berusia sembilan tahun selepas mendapat galakan daripada guru-guru.

"Saya sememangnya suka dan minat dengan sebarang aktiviti sukan yang berkaitan dengan bola.

[caption id="attachment_39181" width="604"] Nur Faizzatul Akmal (enam dari kiri) bersama pasukan bola jaring Sekolah Kebangsaan Taman Kota Kulai, Johor.[/caption]

"Jadi saya pilih bola jaring untuk aktiviti kokurikulum dan tidak menyangka akan terpilih untuk mewakili sekolah,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Tambah Nur Faizzatul, sukan itu bukan sahaja banyak mengajarnya mengenai semangat berpasukan, tetapi secara tidak langsung turut mendidiknya menjadi seorang yang berdisiplin.

Wakil daerah

Berbeza pula situasi bagi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ibrahim, Kulai, Johor, Fatin Mahirah Zulkifli, 16, yang pada mulanya tidak berminat dengan sukan bola jaring.

Bagaimanapun, bakat itu mula dipupuk setelah Fatin Mahirah, acap kali mengikuti ibunya yang merupakan jurulatih bola jaring di sekolahnya kini.

"Saya mula berminat dengan sukan bola jaring apabila sering mengikuti ibu pergi melatih murid-murid bermain bola jaring di sekolah yang saya belajar hari ini.

[caption id="attachment_39182" width="613"] Fatin Mahirah (kiri depan) bersama pasukan bola jaring Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suktan Ibrahim, Kulai, Johor.[/caption]

"Ketika itu saya murid Tahun Lima di Sekolah Kebangsaan (SK) Kulai Kampung Melayu dan sudah menjadi rutin setiap minggu mengikuti ibu pergi latihan setiap Jumaat dari pagi hingga tengah hari.

"Pada mulanya, cuma hendak menemani ibu tetapi ada kalanya turut diajak bermain oleh pelajar-pelajar senior di situ,” katanya yang ketika itu hanya bermain untuk mengisi masa lapang.

Siapa sangka, Fatin Mahirah berjaya menjadi salah seorang pemain bola jaring mewakili sekolah ketika berada di Tahun Enam.

Bermula dari situ, pelajar ini membuat keputusan untuk meneruskan minatnya di sekolah menengah.

Setiap posisi main peranan

Bercerita lebih lanjut mengenai sukan tersebut, Fatin Mahirah menjelaskan, dia berminat untuk aktif kerana bola jaring mempunyai corak permainan yang tersendiri.

"Apa yang unik mengenai sukan ini, pemain tengah (C) boleh masuk ke semua kawasan kecuali D.

"Penyerang gol (GA) pula boleh masuk ke dalam kawasan gol sendiri dengan pemain C sahaja, manakala kawasan pihak lawan tidak dibenarkan masuk.

"Penahan gol (GD) pula boleh memasuki kawasan gol lawan dengan pemain C, sementara gelanggang sendiri tidak boleh dimasuki,” jelasnya.

Baginya, setiap posisi dalam perlawanan bola jaring adalah menarik kerana setiap kawasan mempunyai peranan yang berbeza.

Namun, terangnya apabila digabungkan dalam satu perlawanan, ia menjadikan permainan itu menyeronokkan.

Pencapaian dalam sukan bola jaring

Tiada apa yang lebih menggembira-kan bagi kedua-dua pelajar ini apabila dapat mewakili sekolah masing-masing dalam sukan yang mereka minati.

Baik Nur Faizzatul mahupun Fatin Mahirah, kemahiran dalam sukan bola jaring yang mereka perolehi di usia muda telah membawa kedua-duanya ke satu peringkat yang boleh dibanggakan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Apa yang diharapkan kedua-duanya, bagi mereka yang ingin aktif di dalam sukan bola jaring lakukannya dengan bersungguh-sungguh agar pengorbanan yang dilakukan berbaloi sekaligus menjadi harapan negara.

PROFIL

Nama: Nur Faizzatul Akmal Mohd Sahor

Umur: 12 tahun

Sekolah: SK Taman Kota Kulai, Johor

Ketinggian:148 sentimeter

Berat: 40 kilogram

Posisi: Pemain tengah (C) dan penyerang sayap (WA)

Pencapaian: Wakil sekolah

Nama: Fatin Mahirah Zulkifli

Umur: 16 tahun

Sekolah;

SK Kulai Kampung Melayu, Johor

SMK Sultan Ibrahim, Johor

Ketinggian:162 sentimeter

Berat: 47 kilogram

Posisi: Penyerang gol (GA)

Pencapaian:

Membantu pasukan menjadi naib juara dalam kejohanan berpasukan ketika berada di Tingkatan Satu.

Dinobatkan Anugerah Pemain Terbaik ketika berada di Tingkatan Dua.

Mewakili Majlis Sekolah-Sekolah Johor (MSSJ) ketika di Tingkatan Dua.