Menjadi seorang guru bukan sekadar mempunyai ilmu dan kepakaran semata-mata, tetapi mereka juga harus bijak menjaga penampilan supaya sentiasa kemas ketika berada di sekolah.
Kebanyakan pelajar gemar melihat cikgu mereka sentiasa cantik dan comel ketika mengajar.
Ini kerana, ia dapat mewujudkan suasana ceria, sekaligus membuatkan pelajar seronok mengikuti pembelajaran.
Sehubungan itu, Sinar Bestari kongsikan beberapa cara pemakaian cikgu yang sesuai ke sekolah.
Diharapkan info ini memberi manfaat kepada guru-guru di luar sana. Jom kita tengok.
1) Sopan dan santun
Penampilan guru melambangkan keperibadian guru yang bersih dan ikhlas. Amalkan sikap wasatiyyah atau kesederhanaan sebagaimana dituntut dalam Islam.
2) Kemas
Tidak perlu pakaian yang berjenama asalkan ia kelihatan kemas dan sejuk mata memandang.
3) Selesa
Tidak salah jika cikgu mahu bergaya ke sekolah, asalkan mengikut etika pemakaian yang ditetapkan bagi penjawat awam dan selesa. Lagipun, cara berpakaian membantu menaikkan keyakinan guru itu sendiri.
4) Menarik
Murid-murid zaman sekarang berbeza dengan kita dahulu. Boleh dikatakan murid-murid lebih tertarik apabila nampak cikgu yang kacak, cantik dan bergaya datang ke kelas. Boleh hilang rasa mengantuk. Tambahan lagi bila cikgu tersebut bijak mengajar dan pandai mendekati hati murid.
5) Warna yang ceria
Jika baju berwarna kusam dan gelap, ia akan menampakkan kurang ceria dan sesi pembelajaran menjadi tidak menarik. Kerana itu, pemilihan aura warna yang bersesuaian mampu memberi impak kepada pelajar sekaligus mempengaruhi pelajar untuk mencontohi mereka.
Artikel berkaitan
Lawatan penanda aras beri peluang pegawai, GPM kongsi idea dan kepakaran bersama pendidik lain
(VIDEO) Gelagat murid naik skuter ke sekolah buat warganet terhibur
Pernah hampir dibuang universiti akibat gagal subjek Kimia, Cikgu Hailmi kini guru cemerlang Sains
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok