Menjadi kebiasaan bagi pelajar universiti untuk bekerja sambilan bagi menampung kos pembelajaran yang semakin meningkat.
Walaupun gaji yang diperoleh itu hanya kecil, namun sekurang-kurangnya ia dapat membantu mahasiswa meneruskan pengajian.
Di Malaysia, terlalu banyak pekerjaan yang boleh dilakukan oleh pelajar yang ingin menambah duit poket.
Dengan itu, Sinar Bestari senaraikan tujuh pekerjaan yang mungkin sesuai untuk anda diluar sana. Mari tengok.
1) Guru tuisyen
Jika pelajar memiliki kepakaran dan berpengalaman dalam subjek tertentu, apa kata menjadi guru tuisyen. Rasanya peluang menjadi guru di sini sangat banyak sebab pusat tuisyen pun bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
2) Promoter butik
Sekiranya pelajar seorang yang suka bercakap dan peramah, kerjaya ini sangat sesuai walaupun hanya bekerja secara sambilan.
3) Krew restoran
Ini antara pilihan paling popular! Mungkin kerana ia mudah dan memerlukan ramai tenaga kerja.
4) Berniaga dalam kolej
Macam-macam barangan yang boleh pelajar berniaga jika tinggal di kolej. Mungkin boleh jual air tin, roti, kuih muih atau apa sahaja. Insya-ALLAH, ia pasti laku kerana pelajar akan cari makanan jika mereka lapar.
5) Jadi agen dropship di media sosial
Ini yang paling pelajar suka buat. Sebab kerjanya sangat senang sahaja iaitu perlu rajin kongsi jualan masing-masing di laman sosial. Mudah bukan.
6) Cuba tulis blog atau copywriter
Ada bakat dan kreatif menulis, pastinya menjadi. Pendapatan yang diterima juga agak berbaloi sekiranya karya diberikan menarik.
7) Jual insurans
Ini satu lagi peluang kerja sambilan yang sentiasa ada ‘kekosongan’ dan waktu kerjanya pun fleksibel. Cuma, anda kena pandai yakinkan orang dengan insurans yang dijual. Semoga berjaya.
Artikel berkaitan
Tersenarai antara 50 calon seluruh dunia, Alesyah buat rakyat Malaysia gembira dan bangga!
4 penyelidik bangunkan Modul STEM Covid-19, bantu guru laksana PdP di sekolah