Sistem i-ProD bantu atasi masalah pengeringan keropok keping

Iklan
keropok-keping-sm
Keropok lekor dan keropok keping adalah sejenis makanan ringan tradisional yang diperbuat daripada campuran ikan bersama-sama sagu atau tepung kanji.Produk berasaskan ikan ini sememangnya sinonim dengan negeri Terengganu yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.Kebanyakan pengunjung yang berada di negeri itu pasti tidak akan melepaskan peluang untuk merasai sendiri keunikan keropok lekor dan keropok keping yang ada.Artikel berkaitanPenyelidik cipta dron pelbagai fungsi, inovasi tingkat produktiviti pertanianPenyelidik UM hasilkan ToothPoly, inovasi didik murid jaga kesihatan gigiKhusus bagi menghasilkan keropok keping yang berkualiti, ia perlu dikeringkan dengan menjemur di bawah sinaran matahari atau menggunakan alat pengering elektrik.Kebiasaannya, pengusaha keropok keping bakal mengalami masalah apabila tibanya musim tengkujuh yang akan melambatkan proses pengeringan.Sehubungan itu, sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut telah mengenal pasti masalah yang menimpa kebanyakan pengusaha keropok keping itu dengan mencipta produk inovasi dikenali sebagai Sistem I Best Protection Device (i-ProD).Sistem itu merupakan hasil kerjasama antara empat pelajar Tingkatan Lima iaitu Muhammad Amzar Najmi Saharuddin, Wan Ahmad Nutarget="_blank"'>Dia berkata demikian ketika pameran inovasi sempena perasmian sambutan ulang tahun Jubli Emas Yayasan Terengganu yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Dalam pada itu, Muhammad Amzar berkata, hasil soal selidik yang dijalankan dengan pengusaha keropok keping mendapati 96 peratus mengakui i-ProD dapat dikendalikan dengan mudah dan berkesan dalam menangani masalah yang sering dihadapi selama ini."Cuma, untuk kegunaan industri, modal permulaan bagi memasang i-ProD agak mahal namun ia berbaloi untuk penggunaan jangka masa panjang. Kami sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat, untuk mengkomersialkan i-ProD di pasaran," jelasnya.