Pensyarah latih mahasiswa label spesies tumbuhan guna kaedah imbasan kod QR
Pensyarah latih mahasiswa label spesies tumbuhan guna kaedah imbasan kod QR

Penyelidik cipta dron pelbagai fungsi, inovasi tingkat produktiviti pertanian

Rasyidah Zulkifi
27 May 2022 02:40pm
A
A
A

Sesi ujilari dron telah diadakan di kawasan sawah padi sekitar Kampung Serandu, Pekan, Pahang bagi aktiviti penyemburan baja dan racun khususnya untuk kerja pertanian, baru-baru ini.

Dron pelbagai fungsi menggunakan kepakaran tempatan yang dikenali sebagai `Rajawali' itu dicipta oleh sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) dari Pusat Reka Bentuk dan Inovasi Teknologi (PRInT).

Baca juga

UTHM cipta rekod MBOR hasilkan dron kargo saiz besar pertama di Malaysia

Mahasiswa UTeM menang pingat emas cipta dron pada WICO 2021

Perkakasan canggih berkenaan dibuat bagi membangunkan inovasi dan penggunaan teknologi baharu dalam meningkatkan produktiviti sektor pertanian.

Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, dron itu merupakan hasil inovasi daripada kumpulan penyelidik UMP sendiri di mana penemuan tersebut dapat dimanfaatkan oleh komuniti setempat.

Menurutnya, lebih 9,000 pelajar telah menyertai program robotik dan dron dalam program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang dilaksanakan pensyarah universiti terbabit sehingga kini.

Tambah Abdul Aziz, masyarakat setempat di daerah Pekan termasuk kanak-kanak sehingga peringkat dewasa turut merasai keberadaan UMP sama ada dalam bidang akademik biarpun perkongsian teknologi. 

"Saya harap ia dapat diperluaskan dan membantu dalam aktiviti pertanian sehingga menghasilkan pengeluaran hasil tanaman secara optimum," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Sementara itu,  Ketua Penyelidik yang juga Pensyarah Kolej Kejuruteraan, Dr Noor Zaihah Jamal berkata, dron itu mempunyai kecekapan semburan air sebanyak 0.4 ekar seminit manakala kapasiti tangki pula sebanyak 30 liter dengan kelajuan semburan maksimum 10 liter seminit.

Mengulas lanjut, dron tersebut dapat dikawal dengan kelajuan maksimum 10 meter sesaat dan secara jarak jauh iaitu pada ketinggian 30 meter.

"Bagi kawalan penerbangan ia menggunakan `Flight Controller, GPS Sensor and Remote Control'. "Selain itu dron ini juga menggunakan bateri dengan kapasiti 4,000 mAh dan kelajuan motor 5,000 pusingan seminit (rpm),” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Noor Zaihah berharap dron tersebut dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kualiti bagi masyarakat sekitar.

Hadir sama, Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Penyelidikan, Prof Dr Mohd Hasbi Ab Rahim, pengamal dron, Zek Aman Abd Ghani dan Ketua Kampung Serandu, Mohd Khairuddin Zakaria.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok