Hadiah RM50,000 untuk sekolah, 19 soalan lazim pertandingan ASSSB guru perlu tahu

Iklan
Cikgu perlu tahu, 19 soalan lazim mengenai pertandingan Anugerah Sekolah SMART Sinar Bestari
1. Apakah ASSSB- ASSSB merupakan singkatan kepada Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari yang julung kali diadakan. Ia memberi pengiktirafan kepada sekolah yang cemerlang dalam semua kategori SMART.2. Apakah makna SMARTSMART membawa maksud:-Skil pihak pengurusan dalam pembangunan sekolahMahir iaitu kemahiran para guru mendidik pelajar ketika pandemikAtribut merujuk kepada pelajar bukan sahaja dari aspek akademik tetapi juga kokurikulum dan sahsiah diriR untuk relevan dengan suasana semasaT untuk teknologi3. Apakah kategori yang dipertandingkan?Terdapat lima kategori iaitu Sekolah Rendah Luar Bandar, Sekolah Rendah Bandar, Sekolah Menengah Luar Bandar, Sekolah Menengah Bandar dan Anugerah Khas Juri.4. Anugerah Khas Juri?Anugerah khas juri akan diberikan kepada sekolah yang mempunyai ciri unik, istimewa yang dapat menjentik hati para juri.5. Hadiah yang ditawarkan?Hadiah keseluruhan bernilai RM50K iaituSekolah Rendah Luar Bandar - RM10KSekolah Rendah Bandar - RM10KSekolah Menengah Luar Bandar - RM10kSekolah Rendah Bandar - RM10kAnugerah Khas Juri - RM5kHadiah iringan - RM5k6. Tahun penilaian?Pencapaian yang dinilai adalah pada tahun 2021-2022.7. Syarat penyertaan?Semua sekolah kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia layak turut serta tidak kira sama ada sekolah vokasional, sekolah teknik, sekolah agama, sekolah jenis kebangsaan Tamil/Cina di seluruh negeri dalam Malaysia, semua layak turut serta.•Pihak sekolah perlu melengkapkan borang dan pembentangan dalam bentuk slide•Setiap penyertaan perlu pencalonan dua guru terbaik dan tiga pelajar terbaik untuk dinilai•Penyertaan mestilah disahkan oleh guru besar / pengetua.•Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Julai 2022.•Penyertaan akan terbatal jika terdapat maklumat yang tidak benar.•Keputusan adalah muktamad setelah disahkan oleh auditor.•Segala bahan-bahan pertandingan yang diberikan kepada pihak Sinar Bestari adalah menjadi hak milik Sinar Bestari dan boleh digunakan untuk apa-apa sahaja tujuan Sinar Bestari serta anak syarikat di bawah Sinar Karangkraf.8. Bolehkah sekolah swasta sertai?Sekolah swasta tidak layak untuk turut serta.9.Apa perlu ada dalam slaid/video?Setiap penyertaan perlu calonkan dua guru terbaik dan tiga pelajar terbaik untuk dinilai bagi mewakili sekolah. Terbaik bukan bererti dari segi sijil, trofi atau anugerah sahaja, apa-apa sahaja yang positif, membawa pembaharuan dan perkembangan layak untuk dicalonkan. Justeru, sekolah yang tidak mempunyai banyak anugerah tetapi ada sesuatu yang menarik yang dilakukan juga layak bertanding.10. Slaid berapa banyak, video berapa panjang?Tidak ada had berapa banyak slaid atau video. Terpulang kepada kreativiti sekolah.11. Berapa banyak penyertaan?Tidak ada had berapa banyak penyertaan, namun hanya satu penyertaan terbaik sahaja akan dipilih.12. Ada sijil penyertaan untuk semua sekolah yang menyertai pertandingan ini?Ya sijil penyertaan akan diberi kepada semua sekolah yang menyertai pertandingan ini.13. Cara hantar?Boleh emelkan ke sinarbestari@sinarharian.com.my atau layari sinarbestari.sinarharian.com.my untuk maklumat lanjut.14. Whatsapp pertanyaan?Boleh whatsapp 019-232903215. Tarikh tutup penyertaan?Penyertaan sudah dibuka dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Julai 202216. Ada bayaran dikenakan untuk menyertai pertandingan ini?Tidak ada bayaran yang dikenakan, semuanya adalah percuma.17. Surat kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia?Ya, pertandingan ini telah mendapat kelulusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia.18. Hari penyampaian anugerah?Hari yang ditentukan adalah pada 5 Oktober 2022, hari Rabu19. Jemputan VIP?KPM, JPN dan sekolah yang menang akan dijemput hadirArtikel berkaitan Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari, hargai inisiatif seluruh warga sekolah capai pelbagai kecemerlanganInovasi SaBBAr bantu murid kuasai membaca Bahasa Arab dengan mudahTaylor Swift kini bergelar doktor, terima ijazah kehormat dari NYU

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | TwitterYouTube | TikTok