taylor swift
taylor swift

Taylor Swift kini bergelar doktor, terima ijazah kehormat dari NYU

Adlan Farhan Azwan
19 May 2022 03:52pm
A
A
A

Penyanyi popular antarabangsa, Taylor Swift menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Seni Halus dari New York University (NYU).

Penyanyi yang mempunyai lebih 200 juta jumlah pengikut di laman Instagram itu telah menerima ijazah tersebut di Majlis Konvokesyen NYU yang turut disertai oleh graduan lain.

Tampil elegan dengan jubah doktor kehormat yang baru dianugerahkan itu, Swift berkongsi dengan graduan kelas 2022 bahawa dirinya tidak pernah mendapat pengalaman belajar di kolej seperti biasa.

“Saya menghadiri sekolah menengah awam sehingga tahun kedua dan menamatkan pendidikan dengan melakukan kerja ‘home school’ di lantai lapangan terbang.

"Saya merasa tidak layak untuk memberitahu apa yang harus anda lakukan. Anda semua telah bekerja keras dan melakukan pengorbanan untuk berada di sini.

"Saya tidak akan akan memberitahu apa yang perlu dilakukan kerana semua orang tidak akan menyukainya tetapi jangan pernah malu mencuba, itu apa yang saya lakukan semasa mula menjadikan impian saya sebagai kerjaya," katanya ketika memberi ucapan pada majlis tersebut.

Penyanyi, penulis lagu, penerbit dan pengarah itu memulakan kerjaya muziknya pada usia 15 tahun dengan melakukan jelajah di stesen radio yang berbeza di seluruh negara.

Hasilnya, dia berjaya merekodkan penjualan album sebanyak 100 juta dan memenangi Anugerah Album of The Year di Grammys 2021 bagi kategori ‘folklore’, menjadikannya wanita pertama memenangi kategori itu sebanyak tiga kali.

Swift turut berkongsi graduan bahawa melakukan kesilapan adalah perkara yang tidak boleh dielakkan.

“Apabila perkara yang sukar menimpa kita, kita akan pulih, belajar daripadanya dan menjadi lebih tabah disebabkan kesukaran itu.

"Saya harap anda tahu betapa bangganya diri saya untuk berkongsi hari ini bersama anda semua,” jelasnya.

Artikel berkaitan 

Bukan mudah jadi pelakon dan pelajar, Sweet Qismina akhirnya berjaya terima ijazah

Tersenarai dalam Malaysia Book Of Records, Dr Soo Wincci kini pensyarah muzik di UiTM

Boleh jadi pensyarah tanpa ijazah pendidikan, ini cara-caranya


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok