PBAKL 2022 kembali lagi! Ramai tidak sabar hendak borong buku murah

Iklan
PBAKL 2022 kembali lagi! Ramai tidak sabar hendak borong buku murah
Bagi guru dan pelajar yang tercari-cari bahan bacaan akademik dan buku latihan serta genre lain, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 kali ke-39 yang bermula 3 Jun hingga 12 Jun ini.Dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dengan kerjasama enam persatuan industri buku Malaysia, PBAKL tahun ini masih lagi mengekalkan lokasi yang sama seperti tahun 2019 iaitu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).Pesta tersebut akan bermula pada pukul 10 pagi hingga 10 malam dan menampilkan lebih daripada 100 pempamer yang terdiri daripada penerbit, pengedar dan kedai buku dari dalam dan luar negara.Pelbagai tawaran menarik turut disediakan buat semua pengunjung yang datang. Anda disaran menyediakan wang yang mencukupi sebelum ke pesta buku terbesar negara ini.Sementara itu, orang ramai yang datang ke PBAKL 2022 dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang berada di sana.Mereka digalakkan memakai pelitup muka, menjaga jarak dan mensanitasikan tangan. Ini bagi mengekang penularan virus Covid-19 yang masih lagi aktif dalam kalangan masyarakat di negara ini.Untuk anda, selamat membeli buku dan mengumpul koleksi bahan bacaan yang disukai. Jumpa di sana!INFO1) PBAKL merupakan acara tahunan yang menjadi tumpuan sejak awal penganjurannya.2) Kali terakhir PBAKL diadakan secara fizikal adalah pada tahun 2019.3) Pada 2020, PBAKL secara fizikal terpaksa ditangguhkan kerana negara berhadapan dengan penularan Covid-19. Walaupun diadakan secara dalam talian, namun kemeriahannya tidak sama seperti pesta buku secara fizikal.4) Kebiasaannya, pelbagai aktiviti menarik disediakan penganjur untuk komuniti yang datang. Antaranya pelancaran buku, seminar, konvensyen dan lain-lain. Aktiviti yang dijalankan itu bertujuan memenuhi keperluan komuniti pembaca yang tergolong daripada semua lapisan masyarakat.Artikel berkaitan Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari, hargai inisiatif seluruh warga sekolah capai pelbagai kecemerlanganCikgu perlu tahu, 19 soalan lazim mengenai pertandingan Anugerah Sekolah SMART Sinar BestariHasrat Guru Cemerlang jumpa Tun Mahathir tercapai, guna peluang kongsi cerita tentang dunia pendidikan

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | TwitterYouTube | TikTok