Rutin hafal al-Quran jadi pedoman hidup pelajar PhD di West Virginia University

Iklan
Faiq Hazim West Virginia University

Sebagai pelajar yang beragama Islam, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memahami isi kandungan yang terdapat dalam kitab suci al-Quran.

Iklan
Iklan

Kini, banyak institusi pendidikan di Malaysia telah mula memberi penekanan terhadap kepentingan al-Quran seiring dengan perkembangan akademik.

Iklan

Ia terbukti apabila pelajar ijazah kedoktoran (PhD) di West Virginia University, Faiq Hazim yang tidak pernah meninggalkan amalan itu sepanjang tempoh mengikuti pengajian di luar negara.

Iklan

Menurutnya, rahsia kejayaan yang dimiliki olehnya hanya berlandaskan dua perkara penting iaitu agama yang diajar kepadanya sejak dari kecil dan kepentingan bahasa Inggeris.

"Kedua-dua perkara ini adalah hasil daripada pengalaman ibu bapa saya yang juga pernah mengikuti pengajian peringkat ijazah di England selama lima tahun.

"Ibu bapa saya lihat hafazan al-Quran sebagai penanda aras yang baik untuk kami dapat menjalani kehidupan apabila dewasa,” katanya kepada Kaunselor Majlis Amanah Rakyat (MARA), Dr Zulkifli Hussain menerusi satu hantaran di laman Facebook.

Faiq Hazim merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Putra pada 2010 sehingga 2014 dan berjaya mendapat tawaran menyambung pengajian di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang di bawah MARA American Degree Preparatory Programme 2015.

Kemudiannya, Faiq melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di West Virginia University pada 2016 dalam bidang Kejuruteraan Petroleum dan tamat pada 2019.

Disebabkan oleh kecemerlangannya dalam bidang tersebut, dia telah ditawarkan penajaan untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana dan PhD di universiti yang sama.

Faiq menamatkan sarjana pada 2021 dan sekarang sedang meneruskan pengajian di peringkat PhD dalam bidang kejuruteraan petroleum dan gas asli.

Mengulas lanjut tentang kejayaannya, dia menyifatkan sistem sedia ada di MRSM yang digabung dengan rutin hafazan adalah satu sistem yang amat berkesan.

" Selain itu, cikgu-cikgu MRSM sangat berdedikasi terhadap pelajar. Mereka menghabiskan masa di luar waktu mengajar untuk pelajar-pelajar, sama ada bagi membantu pelajar-pelajar ‘catch up’ dengan pembelajaran atau menyuntik minat dalam bidang kokurikulum,” jelasnya.

Faiq juga sempat berkongsi petua kepada pelajar-pelajar yang masih meneruskan perjuangan menimba ilmu di MRSM.

"Sentiasa sedar tentang prestasi akademik dan hafazan. Apabila saya rasa perlu tingkatkan, saya akan sesuaikan strategi dengan cara penstrukturan masa atau teknik belajar.

"Saya juga sentiasa pastikan untuk rasa tidak selesa dengan prestasi yang sedia ada dan cuba perbaiki. Penting juga untuk mengenalpasti waktu merehatkan diri apabila terlampau penat,” ujarnya.

Tahniah Faiq Hazim! Semoga anda terus mencipta kecemerlangan dunia dan akhirat.

Sumber: Facebook Dr Zulkifli Hussain

Artikel berkaitan

Antara pelajar genius Malaysia yang buat ramai kagum. Tahniah!

Graduan Malaysia gondol pingat akademik tertinggi di Amerika Syarikat, raih keputusan ‘4 flat’ secara konsisten

Esei keunikan bahasa dan etnik di Sarawak antara faktor anak kelahiran negeri ini berjaya diterima masuk ke Harvard


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok