11 pelajar Henry Gurney buktikan kemampuan, raih keputusan cemerlang dalam SPM 2021

Iklan
sekolah henry gurney pelajar SPM
Persepsi negatif oleh masyarakat terhadap pesalah juvana dan penghuni Sekolah Henry Gurney telah menyebabkan pelajar di sekolah ini sering dipandang rendah.Sehinggakan ada melabelkan pelajar Sekolah Henry Gurney ini adalah mereka yang gagal akademik dan sahsiah seterusnya tidak akan berjaya dalam kehidupan.Namun, harus diingatkan, mereka juga manusia yang mampu insaf dan berubah sekiranya diberikan sokongan serta bimbingan yang diperlukan.Ia dibuktikan apabila 11 pelajar Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 ketika Majlis Penyampaian Slip SPM 2021, baru-baru ini.Menurut kenyataan oleh pihak sekolah, seramai 50 orang yang layak menduduki peperiksaan SPM 2021 dan daripada jumlah itu, dua pelajar berjaya mendapat 7A, lima (6A) dan empat (5A)."Bagi SPM kali ini, Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka telah mencapai kelulusan 100 peratus berdasarkan pencapaian sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah."Gred Purata Sekolah (GPS) pula ialah 4.13. Majlis penyampaian slip SPM telah disempurnakan oleh Pengarah Sekolah, PKP Azhar Ahmad," jelas kenyataan itu.Keputusan SPM amat penting dalam menentukan hala tuju masa depan kerana ia merupakan titik permulaan untuk melangkah ke alam dewasa.Setiap manusia mempunyai halangan dan ujian yang berbeza. Namun, apa yang penting adalah kita sentiasa melakukan terbaik untuk memajukan diri secara holistik.Artikel berkaitanTrend tayang keputusan SPM semua ‘G’ di TikTok, bukan satu kebanggaanIni 7 panduan buat bakal mahasiswa, hala tuju selepas SPMBantu ibu berniaga sewaktu balik sekolah, pelajar ini tetap peroleh keputusan SPM yang membanggakan

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok