Tarik minat golongan muda ke arah STEM dengan Galeri Robotik Cybernetics

Iklan
mosti-cyberntetics

Galeri Robotik Cybernetics yang menjadi tarikan baharu di Pusat Sains Negara (PSN) Cawangan Wilayah Utara, Alor Setar, Kedah menjadi antara platform terbaik bagi menarik minat golongan muda terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Iklan
Iklan

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr Adham Baba, pameran sains bukan sahaja mampu memupuk budaya cintakan sains malah dapat meningkatkan minat pelajar terhadap bidang STEM.

Iklan

"Sebagaimana kita sedia maklum, lazimnya masyarakat luar bandar kurang mempunyai akses kepada pameran sains yang kebanyakannya tertumpu di ibu negara.

Iklan

"Saya sentiasa meminta agar pameran sains turut dibawa ke luar bandar, seiring dengan hasrat MOSTI untuk membudayakan sains dan memupuk minat anak-anak dalam bidang STEM" katanya ketika berucap merasmikan galeri pameran robotik itu, baru-baru ini.

Tambahnya, kerajaan mementingkan usaha bagi meningkatkan minat pelajar terhadap bidang berkenaan memandangkan jumlah pelajar dalam bidang STEM adalah pada kadar 47 peratus manakala 19 peratus bagi pelajar sains tulen buat masa ini.

"Pendekatan yang betul di samping rasa ingin tahu serta kreativiti diperlukan untuk menggalakkan pelajar membina pengetahuan sains dan teknologi,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Dr Adham juga berkata galeri pameran robotik yang bertemakan ‘Cybernetics: Dunia Interdimensi Anda' itu mengetengahkan 16 bahan pameran berkaitan teknologi robotik dengan tiga elemen utama iaitu penderiaan, pemikiran dan tindakan.

Katanya, bahan pameran di galeri itu juga terbahagi kepada lima segmen utama iaitu Warisan Automasi Islam, Anatomi Robot, Machine in Action, Beat The Machines dan Industri Pintar yang bakal memberikan pengalaman menyeronokkan kepada pengunjung termasuk berpeluang berinteraksi dengan robot.

Tiket masuk ke PSN Cawangan Wilayah Utara termasuk ke galeri pameran robotik itu adalah percuma bermula 2 hingga 31 Julai ini.

Artikel berkaitan

Robotik muda SK Putrajaya Presint 11 (3) mula dikenali ramai, kini aktif cipta robot guna komponen lego

Penyelidik cipta dron pelbagai fungsi, inovasi tingkat produktiviti pertanian

Cara bina teknologi Augmented Reality di bilik darjah, tarik keseronokan murid ketika PdP


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok