Politeknik Merlimau himpunkan peminat BMX, anjur riadah santai

Iklan
pmm4
Merlimau – Bagi melatih pelajar mengenai selok belok penganjuran acara, Politeknik Merlimau (PMM), Melaka, mengadakan Program Retromania BMX Wheel of Freedom, di sini, baru-baru ini.Program berkenaan dianjurkan oleh pelajar semester dua, Diploma Pengurusan Acara (DEV), Jabatan Pelancongan & Hospitaliti bagi memenuhi keperluan pengajian mereka.Ketua Jabatan Pelancongan & Hospitaliti, Zaharizuan Azhar berkata, antara tujuan program itu diadakan adalah untuk menghimpunkan kelab-kelab BMX dan para peminat yang ada di sekitar Malaysia."Menerusi program ini, kami dapat menghimpunkan seramai 93 orang peminat basikal BMX dari serata Malaysia termasuklah dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Pahang."Penyertaan terbanyak adalah dari Johor membabitkan 42 orang dengan kekuatan 55 basikal dan Melaka 23 peserta, 27 basikal."Mereka ini kita kumpulkan bagi pengisian aktiviti seperti pertunjukan Freestyle BMX, pameran dan pertandingan BMX tercantik, cabutan bertuah serta bengkel kayuhan khas buat kanak-kanak sebagai pendedahan awal dalam sukan ini," katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.Turut hadir memeriahkan program berkenaan ialah Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Selatan, Muhammad Nasir Pahmi bersama Ketua Program DEV, Ismail Mohamad.Sempena program itu juga, sebanyak 120 buah basikal mengikuti acara kayuhan santai yang membabitkan jarah sejauh 13 kilometer bermula di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau yang turut menjelajah bandar Merlimau.Menerusi program ini juga, pihak penganjur dapat mengumpulkan beberapa Kelab BMX seperti Ungkal BMX Johor, Melaka BMX Generation, BMX Tangkak Clan, PMM BMX Legacy, Bukit Rambai BMX dan GhostTown BMX, Segamat.Artikel berkaitan26 pelajar Politeknik Merlimau Melaka, berbasikal pada waktu malamUbah stigma terhadap graduan politeknik, kolej komunitiLapan puluh peratus graduan Politeknik mendapat pekerjaan

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok