HomeIPTBuletin IPT26 pelajar Politeknik Merlimau Melaka, berbasikal pada waktu malam

Artikel Berkaitan

26 pelajar Politeknik Merlimau Melaka, berbasikal pada waktu malam

Berbekalkan kepada semangat kesukanan yang tinggi, sekumpulan pelajar Diploma Seni Bina Politeknik Merlimau Melaka (PMM) mengadakan Kembara Basikal sekitar Bandaraya Melaka Bersejarah bagi memberi kelainan terhadap silibus sukan PMM.

Pensyarah Kejuruteraan Awam PMM, Mohd Shafrizal Md Hassan berkata, program Kembara Berbasikal yang diadakan julung kalinya pada tahun ini, berjaya membawa 26 pelajar mengikuti program berbasikal sekitar bandaraya Melaka pada waktu malam, baru-baru ini.

“Kami memulakan kayuhan sekitar jam 8.30 malam bermula di bangunan Pastel dan terus menuju ke Dataran Pahlawan.

“Kemudian, setelah selesai tiga kilometer, kumpulan berbasikal ini melalui pula jalan dalam bagi memberi sedikit cabaran laluan menuju ke Bangunan Stadhuys dan A’Famosa,” ujarnya.

Baca juga Pengurusan pendidikan penting dalam mendepani akhlak remaja di era digital

Baca juga POLIMAS harumkan nama negara, menang pingat emas Pertandingan FIRA SimulCup 2021

Kata Mohd Shafrizal lagi, program berkenaan turut disertai tiga staf PMM yang bersama-sama ingin merasai keindahan berbasikal pada waktu malam.

“Alhamdulillah, kesemua peserta dan staf PMM yang mengikuti cabaran berbasikal ini berjaya menamatkan misi kayuhan sejauh 10 kilometer (km) yang berakhir di Mahkota Hotel,” katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan PMM, Amir Awang Muda berkata, program kayuhan seumpama ini merupakan antara aktiviti sukan dibawah kursus kokurikulum yang menjadi keperluan kepada pelajar yang memilih sukan tersebut.

“Saya berharap ini merupakan “kickstart” bagi program-program sukan yang akan datang untuk terus dianjurkan dengan lebih menarik lagi,” katanya dengan menambah segala program yang dianjurkan telah mendapat kelulusan pihak politeknik serta penekanan terhadap pematuhan SOP sentiasa dititikberatkan.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

PMM merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang sedang berkembang dan kini merupakan politeknik pertama yang diberi pensijilan Persekitaran Berkualiti (Quality Enviroment (QE) oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Pengamalan Persekitaran Kualiti atau lebih dikenali dengan nama 5S (mengikut kaizen Jepun) iaitu Sisih, Susun, Sapu,Seragam dan Sentiasa Amal.
Politeknik ke-14 ini terletak di daerah Jasin, 2 km dari pekan Merlimau, 24 km dari bandar Melaka dan 19 km dari bandar Jasin.

Ia mula beroperasi pada 17 November 2002 dan telah mula mengambil pelajar perintis pada sesi kedua 2002 iaitu 23 Disember 2002.
Kini, PMM telah beroperasi sepenuhnya dan menjadi salah satu nukleus yang penting kepada Merlimau.

Artikel Terkini