PUBG Mobile Tournament UNISEL 2022 dapat sambutan luar dugaan, bukti e-sukan kegilaan ramai

Iklan
Kejohanan PUBG UNISEL dapat sambutan luar dugaan, bukti e-sukan kegilaan ramai
Fenomena sukan elektronik atau e-sukan yang menjadi kegilaan remaja hari ini dilihat semakin berkembang pesat seiring dengan kebangkitan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).E-sukan juga merupakan industri dan sumber ekonomi baharu kepada individu yang meminati permainan video secara positif ini.Nama-nama seperti Muhd Faris Zakaria (Soloz), Sopian Sultan (XK Penjahat) dan Ahmad Fuad Razali (Fredo) adalah antara atlet e-sukan dan pemain profesional dalam permainan Mobile Legend dan juga PUBG Mobile.Mereka mempunyai ramai pengikut di laman sosial seperti Facebook sehingga ada antaranya telah mencecah lebih dua juta followers.Kini, anak-anak muda ini menjadi streamer sepenuh masa sebagai kerjaya dan membuktikan bahawa permainan video dalam talian bukan satu perkara yang tidak bermanfaat.Memandangkan e-sukan menjadi kegilaan remaja masa kini, baru-baru ini pelajar subjek Sport Event Management Universiti Selangor (UNISEL), Shah Alam, Selangor telah menganjurkan PUBG Mobile Tournament UNISEL 2022 di dewan perkarangan luar Pro Canselor, UNISEL Shah Alam.Kejohanan yang julung kali diadakan itu telah menarik ratusan penyertaan daripada peminatnya namun hanya lima pasukan sahaja yang layak ke peringkat akhir.Pengarah program, Zharif Razyn Khairuzzaman berkata, PUBG Mobile Tournament UNISEL 2022 yang berlangsung selama tiga hari telah diadakan secara dalam talian dan juga bersemuka (pertandingan akhir).Tambahnya, sebanyak 32 pasukan bersaing secara serentak dan daripada jumlah tersebut, hanya 16 pasukan terbaik terpilih untuk berentap ke peringkat seterusnya.Ujar Zharif Razyn lagi, cabaran demi cabaran telah dilalui oleh 16 pasukan tersebut dan pihak juri telah memilih lima pasukan terbaik dan terhebat untuk mara ke peringkat akhir.Rage Unleashed Clasicos muncul juaraSetelah mengharungi segala cabaran, akhirnya pasukan Rage Unleashed Clasicos diangkat sebagai juara dalam PUBG Mobile Tournament UNISEL 2022.Pasukan yang dianggotai empat orang ahli itu telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM550 beserta hamper.Tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Nbs gc x Bauruz dan Rage Unleashed. Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM400 dan RM300 beserta hamper.[caption id="attachment_42149" width="400"] Pasukan Nbs gc x Bauruz berjaya menduduki tempat kedua dalam pertandingan tersebut.[/caption][caption id="attachment_42150" width="400"] Tempat ketiga pula menjadi milik Rage Unleashed.[/caption]Manakala tempat keempat dan kelima pula diberikan kepada pasukan Todak dan pasukan Bot God. Masing-masing membawa pulang RM200 dan RM150 serta hamper.Dalam pada itu, Zharif Razyn melahirkan rasa syukur kerana kejohanan tersebut mendapat sambutan yang cukup hangat dalam kalangan penuntut universiti dan juga anak-anak muda yang lain.[caption id="attachment_42152" width="400"] Pasukan Todak pula berada di tempat keempat dalam PUBG Mobile Tournament UNISEL 2022.[/caption][caption id="attachment_42151" width="400"] Tempat kelima disandang oleh pasukan Bot God.[/caption]Dia berharap kejohanan sedemikian dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang e-sukan.Artikel berkaitan Kemahiran pengendalian dron bukan sekadar hobi, kini profesion dalam pelbagai industriUMK agih 300 pek daging korban kepada kakitangan B40‘Yah Kuchai’ Kampung Pisang kini lulusan Diploma Bahasa Inggeris UPSI, berhasrat jadi pendidik

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok