umk3
umk3

UMK agih 300 pek daging korban kepada kakitangan B40

Nor Azma  Muhamat Laila
14 Jul 2022 05:35pm
A
A
A

BACHOK - Sebanyak 300 pek daging lembu ibadah korban diagihkan kepada 300 staf Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dari kumpulan B40 sempena Program Ibadah Korban UMK 1443H/ 2022M, baru-baru ini.

Pengagihan tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Profesor Dr Razli Che Razak menerusi sumbangan empat ekor lembu penyertaan korban staf UMK dan seekor lembu sumbangan daripada rakan strategik UMK, RHB Islamic Bank Berhad.

Agihan turut melibatkan masyarakat setempat di sekitar UMK.

Razli berkata, program ini adalah bertujuan untuk berkongsi rezeki bagi meraikan golongan kurang berkemampuan sekali gus mengambil keberkatan sambutan Hari Raya Aidiladha.

Katanya, proses penyembelihan telah diadakan secara gotong-royong bermula seawal 7.30 pagi dengan kerjasama penduduk kampung serta pelajar UMK yang berada di kolej kediaman.

"Ibadah korban pada tahun ini agak istimewa kerana pihak RHB Islamic Bank Berhad sudi untuk menyumbang seekor lembu untuk diagihkan kepada warga UMK.

"UMK menyambut baik usaha RHB Islamic Bank Berhad yang menyahut saranan kita untuk bekerjasama melaksanakan ibadah korban pada tahun ini.

"Allhamdullilah, ibadah korban pada tahun ini berjalan lancar hasil kerjasama staf, pelajar dan komuniti setempat,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengarah Pusat Islam UMK, Profesor Madya Dr Mohd Zain Mubarak dan Pengurus RHB Bank Berhad Cawangan Kota Bharu, Rohana Mansor.

Razli turut berharap melalui program ibadah korban itu, secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara warga UMK dengan masyarakat setempat serta pihak industri.

Dalam pada itu, sebahagian daging korban yang disumbangkan turut dimasak oleh sukarelawan secara bergotong-royong untuk jamuan kepada staf, pelajar dan komuniti yang hadir program ibadah korban.

Artikel berkaitan

UMK tubuh UMK TRACE di Pulau Banding

Pelajar asnaf dan B40 terima sumbangan kebajikan lebih RM10 juta daripada UMK

Komersialkan cendol segar dalam tin minuman, kini produk inovasi pelajar UMK makin hangat di pasaran


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok