Ribuan pelajar mohon jadi Felo Perdana, Pei Ling terkejut namanya yang jadi pilihan. Cukup terharu!

Iklan
Ribuan pelajar mohon jadi Felo Perdana, Pei Ling tidak sangka namanya yang jadi pilihan. Terharu!

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Inilah pepatah yang sesuai digambarkan kepada pelajar tahun akhir, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Lua Pei Ling apabila namanya tersenarai antara 82 peserta Felo Perdana.

Iklan
Iklan

Tidak menaruh harapan tinggi untuk dipilih sebagai peserta Felo Perdana bagi tahun 2022, ini kerana menurut Pei Ling, ribuan pelajar telah memohon untuk menyertai program tersebut.

Iklan

Bermula 13 Julai lalu, pelajar jurusan Psikologi Industri dan Organisasi, Fakulti Psikologi dan Pendidikan ini telah memulakan ‘kerjayanya’ di Pejabat Ahli Jemaah Menteri Malaysia.

Iklan

Pei Ling yang masih lagi terkejut, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberi sokongan tanpa henti pada dirinya.

"Saya akan gunakan peluang ini untuk menimba segala ilmu dan pengalaman. Malah, saya sudah bersedia menyahut cabaran dan berharap dapat mempelajari selok-belok tugasan pemimpin negara di bawah bimbingan menteri,” katanya yang ditempatkan di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM), iaitu Felo Perdana kepada Tan Sri Annuar Musa.

Tambah Pei Ling, bidang komunikasi dan multimedia adalah bidang baharu dan asing buatnya namun tetap berharap dapat meningkatkan kemahiran insaniah sekali gus menjadi nilai tambah apabila memasuki dunia pekerjaan sebenar kelak.

Sebelum ini, Sinar Bestari telah menyiarkan mengenai perasaan beberapa pelajar universiti yang turut terpilih menjadi Felo Perdana.

Antara yang ditemu ramah ialah empat pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) iaitu Ng Choon Kiat, Aiman Nadim Joehaimi, Nur Haziqah Kamaruzzaman dan Muhammad Iqhwan Madzli.

Choon Kiat yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Pusat Pengajian Undang-Undang (SoL), UUM yang menjadi Felo Perdana kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dia akan memanfaatkan peluang berkhidmat dengan pemimpin negara dan akan menggalas segala tanggungjawab yang diberikan sebaik yang mungkin.

Pelajar cemerlang ini sangat berharap sepanjang lima bulan berada di sana, dia dapat mempelajari pelbagai ilmu yang berkaitan dengan tadbir urus kerajaan.

Bagi Muhammad Iqhwan pula, program Felo Perdana sangat bermakna buat mereka yang berada di menara gading.

"Felo Perdana memberi pendedahan awal kepada pelajar seperti kami untuk mengikuti dan mengenali sistem pentadbiran kerajaan khususnya dalam pembuatan dasar di peringkat nasional yang lebih komprehensif,” katanya yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Hal Ehwal Antarabangsa, UUM.

Artikel berkaitan 

Terpilih sebagai Felo Perdana, 4 anak muda Malaysia tak sabar berkhidmat untuk negara

7 ancaman internet, guru dan pelajar perlu lebih berhati-hati

4 guru KV Keningau lakar kejayaan di Amerika Syarikat


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok