5 atlet golf UUM wakili Malaysia

Iklan
2 (1)

Lima atlet golf dari Akademi Golf Nasional (AGN), Universiti Utara Malaysia (UUM) mewakili negara bagi Kejohanan Golf Universiti Dunia (WUC) 2022 FISU, Itali, baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Mereka terdiri daripada empat mahasiswa Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Pengurusan Golf), Muhammad Farez Mohd Azihan, Charlayne Chong Shin Ling, Nur Maisara Saad, Valerie Vanessa Langkab dan seorang lagi adalah penuntut Sarjana Muda Komunikasi, Muhammad Ikhmal Basry.

Iklan

Muhammad Ikhmal berkata, pasukannya telah menggandakan usaha dari aspek fizikal dan mental bersama jurulatih Wan Rosni Wan Chik.

Iklan

"Saya amat teruja untuk bertanding dengan pemain hebat di seluruh dunia dan ia menjadi lebih bersemangat apabila dapat mewakili Malaysia dan UUM .

"Persediaan rapi sudah dilakukan bersama jurulatih kami yang penuh berdedikasi sejak awal tahun lagi,” katanya.

Sebelum ini, Muhammad Ikhmal pernah menjuarai kejohanan seperti Malaysia Amateur Closed 2018; Era Sport Hainan Junior Golf Tour 2019; merangkul pingat perak di Asean University Games Myanmar 2018 dan Sukma XIX Perak 2018.

Kejohanan golf yang dianjurkan oleh Turin University Sports Center itu menyaksikan empat acara dipertandingkan iaitu acara individu lelaki dan wanita serta berpasukan lelaki dan wanita.

Sementara itu, Naib Canselor UUM, Profesor Dr Haim Hilman Abdullah berkata, kejohanan golf universiti peringkat dunia yang diadakan dua tahun sekali itu merupakan medan terbaik untuk mengembangkan bakat.

"Bermainlah seperti juara, buat yang terbaik dan bawa pulang pingat demi mengharumkan nama Malaysia dan UUM.

"Tunjukkan juga yang anak muda UUM memiliki profesionalisme yang tinggi, fokus dan bijak hadapi tekanan kerana itulah pentas untuk melakar kejayaan,” ujarnya.

Artikel berkaitan

Taman Botani jadi projek edu pelancongan UUM

Pelajar UUM rangkul anugerah MIA Best Accounting Students Award 2021

Klinik Bersama Dekan UUM berjaya capai matlamat


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok