pelajar-uum-akaun
pelajar-uum-akaun

Pelajar UUM rangkul anugerah MIA Best Accounting Students Award 2021

Adlan Farhan Azwan
30 Jun 2022 02:40pm
A
A
A

Pelajar Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat), Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhammad Ariff Haidar berjaya merangkul MIA Best Accounting Students Award 2021, baru-baru ini.

Kejayaan pelajar dari Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA) berikutan kecemerlangannya dalam bidang akademik di samping penglibatan aktiviti kokurikulum.

Menurutnya, kejayaan yang diperoleh disebabkan pihak UUM, TISSA, keluarga dan rakan-rakan yang tidak putus memberi sokongan dan dorongan.

“Sebenarnya, bukan mudah untuk memperoleh kejayaan itu jika tidak diiringi dengan usaha yang berterusan.

“Saya sentiasa merancang struktur kursus pembelajaran untuk memberi tumpuan kepada peperiksaan profesional Institut Akauntan Berkanun England dan Wales (ICAEW).

“Saya berharap agar pelajar lain terus mencabar diri sendiri, berbakti kepada masyarakat kerana kejayaan sebenar bukanlah untuk diri sendiri tetapi untuk masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Di samping kecemerlangan akademik, anak kelahiran Pendang, Kedah itu turut mempamerkan kecemerlangan seimbang dalam aktiviti kokurikulum.

Muhammad Ariff yang sedang menjalani latihan praktikum di salah sebuah firma perakaunan terkemuka negara sentiasa menunjukkan tahap kepimpinan yang tinggi apabila menerajui Persatuan Pelajar Perakaunan UUM (NOVAC-TISSA) selaku presiden pada 2021.

Sementara itu, Dekan TISSA, Profesor Dr Noraziah Abd Manaf melahirkan rasa bangga atas kejayaan Muhammad Ariff yang terus mengharumkan nama UUM dan TISSA-UUM.

“Saya berharap pencapaian ini akan menjadi inspirasi kepada semua pelajar untuk belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh di samping mencabar diri untuk aktif di dalam bidang kokurikulum.

“Kejayaan ini juga secara tidak langsung membuktikan program perakaunan UUM mampu melahirkan graduan berkualiti dan seimbang setanding dengan universiti terkemuka dunia,” jelas beliau.

Artikel berkaitan

Disiplin diri kunci kejayaan pelajar UTM, rangkul Anugerah Canselor dan Anugerah Akademik

Penerima Anugerah Pingat Emas Canselor USM tetap kuat walaupun diuji dengan pemergian bapa ketika hadapi peperiksaan

Anugerah Pelajar Perakaunan MIA Terbaik 2021 milik Yishal dari UMS


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok