Murid Tahun 6, ini panduan lengkap menyiapkan kerja kursus Sejarah

Iklan
Murid Tahun 6, ini panduan lengkap menyiapkan kerja kursus Sejarah

Sesetengah murid pasti akan berdepan dengan kesukaran dalam menyiapkan kerja kursus yang diberikan guru.

Iklan
Iklan

Ia akan bertambah susah apabila kerja kursus tersebut memerlukan pelbagai maklumat untuk pengisian markah oleh cikgu mata pelajaran tersebut.

Iklan

Baru-baru ini, Cikgu Ahmad Aiman Mohamef dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5 (1), Putrajaya berkongsi panduan penting cara menyiapkan kerja kursus yang diberikan guru Sejarah.

Iklan

Dalam masa yang sama, perkongsian tersebut juga boleh digunakan oleh murid-murid Tahun Enam bagi menghasilkan kajian kes, folio dan buku skrap yang sempurna.

Sinar Bestari memetik perkongsian guru ini menerusi blog Cikgu Aiman. Diharapkan ia dapat membantu anak-anak didik menyiapkan kerja kursus, kajian kes, folio dan buku skrap dengan mudah dan cepat.

Jom kita lihat.

*****

Cikgu menerima banyak soalan daripada murid-murid berkenaan cara menghasilkan kerja kursus, kajian kes, folio dan juga buku skrap.

Jadi di sini, cikgu akan menerangkan panduan lengkap untuk murid-murid ikuti.

Sebenarnya, apakah perkara yang perlu ada di dalam kerja kursus, kajian kes, folio dan juga buku skrap?

1) Muka depan/Cover page

Perkara pertama yang perlu ada adalah muka depan. Murid-murid perlu mengisi beberapa maklumat penting seperti tajuk tugasan, nama penuh, nombor kad pengenalan, tahun atau kelas, guru subjek dan sebagainya. Reka bentuk bagi muka depan ini, bergantung kepada kreativiti murid-murid untuk mencantikkannya.

2) Tajuk

Tajuk tugasan atau kajian mesti diletakkan selepas muka depan.

Contohnya:

Tajuk Tugasan: Perayaan Masyarakat Malaysia

3) Penghargaan

Penghargaan adalah tanda ucapan terima kasih kepada individu yang telah membantu murid-murid dalam menyiapkan tugasan tersebut.

Contoh penghargaan, mungkin boleh sertakan ucapan terima kasih kepada keluarga, guru-guru, rakan-rakan dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

4) Isi kandungan

Isi kandungan adalah apa yang terkandung di dalam kerja kursus murid-murid.

5) Objektif kajian

Apa yang murid-murid perolehi melalui kajian yang dibuat.

Sebagai contoh, kalau anda hasilkan tajuk Pembentukan Malaysia, antara objektif yang diperolehi adalah menyatakan sebab Pembentukan Malaysia.

6) Kaedah kajian

Kaedah kajian adalah apakah cara yang anda gunakan untuk mencari bahan atau sumber dalam menyiapkan kerja kursus, kajian kes, folio dan buku skrap.

Kaedah kajian ada banyak seperti kaedah pemerhatian, kaedah temubual, kaedah lawatan ke perpustakaan, kaedah melalui internet, kaedah melalui pembacaan buku dan sebagainya.

7) Hasil dapatan/Laporan kajian

Hasil dapatan ataupun laporan kajian merupakan isi utama di dalam tugasan masing-masing.

Pada bahagian ini murid-murid mesti menjelaskan tentang pembentukan Malaysia.

Antara isi yang boleh dimasukkan adalah seperti sebab pembentukan Malaysia, kronologi pembentukan Malaysia (Selepas merdeka sehingga terbentuknya Malaysia pada tahun 1963), tokoh yang terlibat dan pengajaran yang anda pelajari dari peristiwa pembentukan Malaysia.

Di bahagian ini juga murid-murid boleh memasukkan gambar dan menyusun mengikut kreativiti.

8) Kesimpulan

Kesimpulan ini murid kena nyatakan apakah yang diperolehi atau yang anda belajar melalui tugasan yang dihasilkan.

9) Rujukan

Nyatakan tempat murid-murid mendapat bahan atau sumber.

Sebagai contoh, kalau murid mengambil bahan dari buku, nyatakan nama buku tersebut.

10) Lampiran

Lampirkan sumber yang anda dapat dalam bentuk bergambar.

Artikel berkaitan 

SK Larkin 2 bawa 102 orang timba ilmu sejarah menerusi filem epik Melayu, Mat Kilau 

Komponen kemahiran dalam subjek Sejarah, ini yang pelajar akan dapat 

Guru SMK Damansara Jaya, pengasas SMART Sejarah, raih gangsa peringkat antarabangsa 


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok