Guru Cemerlang kongsi petua melahirkan anak-anak hebat

Iklan
Setiap ibu bapa pasti menginginkan anak-anak yang bijak pandai.Kerana itu, mereka sanggup buat apa sahaja, asalkan anak-anak menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara.Guru Cemerlang, Ustazah Aminah Mat Yusoff menerusi Facebooknya, memuat naik petua melahirkan anak-anak hebat.Mari ikuti perkongsian beliau.*****Lakukan perkara ini pada anak setiap pagi dan petang.Kesannya subhanallah.Di sini, saya kongsikan petua daripada ibu ayah yang telah melahirkan anak-anak yang hebat, cemerlang dan sangat baik budi pekertinya.Ambil peluang ini untuk betulkan akhlak dan bangunkan jiwa anak.Caranya sangat mudah tapi yang penting kena istiqamah dan berkekalan. Kesannya sangat bagus terutamanya dalam usaha membentuk jiwa anak-anak.Setiap pagi (selepas Subuh sehingga sebelum Zohor) dan petang (selepas Asar sehingga senja) ibu ayah dengarkan bacaan ma'thurat kepada anak-anak.Sama ada melalui rakaman ataupun baca sendiri.Ma'thurat ada dua jenis yang boleh kita amalkan, Ma'thurat sughra ( lebih ringkas) dan kubra ( lebih panjang).Kesannya:1. Akhlak berubah menjadi lebih baik2. Hati bersih dan kuat3. Solat dan mengaji tanpa disuruh4. Sangat taat pada suruhan5. Cintakan perkara kebaikan6. Mempunyai jiwa yang kental dan berani7. Rajin8. Otak cerdas dan mudah memahami ilmu yang dipelajari9. Suka berbakti10. Cintakan ALLAH SWT dan Rasulullah SAWSelamat beramal. Moga dari kita lahirnya khalifah hebat yang cemerlang dan tawaduk.Sumber: Facebook Aminah Mat Yusoff YusoffArtikel berkaitan Gigihnya berusaha, anak buruh kasar raih PNGK 4.00 dalam STPM 2021Cara susunan fail bagi Calon Guru Cemerlang, ada 6 cadangan terbaik perkongsian Ustazah AminahSMK Tun Syed Zahiruddin, budayakan amalan guru penyayang, lahir pelajar cemerlang

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok