smk tun zahid
smk tun zahid

SMK Tun Syed Zahiruddin, budayakan amalan guru penyayang, lahir pelajar cemerlang

Rasyidah Zulkifi
19 Aug 2022 05:45pm
A
A
A

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Syed Zahiruddin, Merlimau, Melaka termasuk antara sekolah yang hebat dalam membudayakan amalan guru penyayang seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Program ini bertujuan agar guru dapat mempraktikkan sikap kasih sayang di sekolah termasuk perlakuan mengambil berat, prihatin, ceria, sabar dan menghormati orang lain.

Di sekolah ini, ia di bawah kelolaan unit bimbingan dan kaunseling (UBK) yang tampil membantu para pelajarnya dan juga sekolah-sekolah lain melalui beberapa projek.

Antara projek yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

1. Mengumpul dana sesama guru untuk membelikan telefon kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia yang kurang berkemampuan.

2. Kami SMART Support Team Melaka yang membantu mangsa banjir di pusat penempatan sementara pada 21 Disember 2021 hingga 5 Januari 2022.

2. Program Ziarah Cakna 2020 hingga 2022 untuk meringankan beban pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan sumbangan berbentuk keperluan harian.

Menerusi projek-projek ini, ramai yang kurang bernasib baik mendapat pertolongan yang sewajarnya.

Secara tidak langsung, program kebajikan ini menaikkan standard SMK Tun Syed Zahiruddin hingga menghantar penyertaan dalam Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian.

Dalam pada itu, sekolah ini juga melakar beberapa kejayaan dalam bidang kurikulum termasuk:

  1. Pencapaian peningkatan GPS sebanyak 0.17 Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2020
  2. Pencapaian peningkatan GPS sebanyak 0.3 Sijil Pelajaran Malaysia 2021
  3. Anugerah Emas dalam Pertandingan TikTok Ekspo Ria Pusat Sumber Sekolah 2021
  4. Naib johan dalam Pertandingan Bicara Buku Sekolah-Sekolah Negeri Melaka 2021

Kesimpulannya, apabila guru penyayang, maka ramai pelajar yang cemerlang dari sudut pencapaian akademik dan kokurikulum akan dilahirkan.

Artikel berkaitan

Warga SMK Seri Permaisuri terima 600 unit Jalur Gemilang 

Pelajar cemerlang SPM berat hati sambung belajar 

Mickey Mouse dan Minnie Mouse dalam program Amalan Guru Penyayang


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan