Perkasa aktiviti pertanian menerusi pertandingan, hadiah bernilai RM18,000 untuk direbuti

Iklan
Perkasa aktiviti pertanian menerusi pertandingan, hadiah bernilai RM18,000 untuk direbuti
Pertandingan Edu Farming Sekolah dan Urban Farming Masjid 2022 yang diadakan bersempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Serdang, Selangor baru-baru ini, dilihat sebagai satu platform terbaik dalam menarik minat generasi muda terutama pelajar dan komuniti masjid memperkasakan aktiviti pertanian.Pelbagai manfaat berkaitan pertanian diperoleh menerusi pelaksanaan pertandingan yang berkonsepkan mampan diri tersebut.Sewajarnyalah ia diteruskan pada masa akan datang dalam memperkasakan aktiviti berkenaan.Agrobank iaitu sebuah institusi perbankan Islam turut menyokong penganjuran pertandingan itu.Atas sokongan berkenaan, Agrobank mengumumkan pembabitan mereka dalam pertandingan seterusnya menyumbang hadiah wang tunai sebanyak RM18,000 untuk Edu Farming Sekolah dan Urban Farming Masjid 2022.Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, pembabitan Agrobank adalah satu inisiatif bersama Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC), Jabatan Pertanian Perak, Jabatan Pendidikan Perak dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk)."Inisiatif oleh kerajaan negeri Perak ini pastinya amat selari dengan peranan dan aspirasi Agrobank sebagai sebuah Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) untuk terus mendukung komuniti Agro yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, bagi mempromosikan konsep pertanian lestari dan pintar, sekali gus menyokong usaha kerajaan dalam menggalakkan pertanian bandar menerusi pemerkasaan ‘Dasar Kebun Komuniti Bandar’."Saya yakin dan percaya, inisiatif sebegini pastinya mampu menarik minat golongan muda terutamanya pelajar mahu pun jemaah masjid untuk turut sama terlibat dalam aktiviti pertanian sekali gus mampu menjana ekonomi mikro bagi komuniti setempat di kawasan mereka," katanya.Mengulas mengenai sumbangan RM18,000 untuk pertandingan tersebut, beliau berkata, ia bertujuan menarik lebih ramai peserta mendalami dan meminati aktiviti pertanian pintar di bandar mahupun di luar bandar, bukan sahaja di negeri Perak, malah di negeri-negeri lain di seluruh Malaysia.INFO