Bangunkan Kios Bacaan Komuniti dalam sekolah. Usaha SK Kg Baharu dipuji ramai

Iklan
Bangunkan Kios Bacaan Komuniti dalam sekolah. Usaha SK Kg Baharu dipuji ramai

Tidak dinafikan peranan ibu bapa dan komuniti antara elemen terpenting dalam mengerakkan aktiviti dan program di sekolah.

Iklan
Iklan

Malah, kerjasama yang padu dalam kalangan semua pihak mampu memacu sesebuah sekolah ke arah persekitaran pendidikan yang berkualiti dan berimpak tinggi.

Iklan

Menyedari hakikat ini, Pusat Sumber Sekolah (PSS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kg Baharu, Jerantut, Pahang dengan kerjasama Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG), komuniti serta Perpustakaan Awam Daerah Jerantut sepakat membangunkan sebuah kios bacaan yang dikenali Kios Bacaan Komuniti.

Iklan

Menurut Penyelaras program, Cikgu Norafizah Abdul Razak, Kios Bacaan Komuniti ini telah dibuka pada tahun 2019 lagi. Bagaimanapun, ia ditutup akibat pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika itu.

Katanya lagi, hasil perbincangan semua pihak, Kios Bacaan Komuniti dibuka semula menerusi gotong royong antara warga sekolah, PIBG dan komuniti.

Mengulas lanjut, Cikgu Norafizah berkata, pembukaan kios bacaan itu telah meningkatkan minat membaca dalam kalangan ibu bapa dan komuniti kerana kedudukannya yang strategik, luas dan kondusif.

"Ia terletak di dalam sekolah dan bersebelahan pos pengawal serta mudah untuk membuat pemantauan.

"Selain itu, pembukaan kios bacaan ini juga telah memberi impak yang tinggi kepada program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) di SK Kampung Baharu kerana mampu mencapai 100 peratus penglibatan murid-murid dalam program tersebut,” katanya.

Sementara itu, Cikgu Norafizah memberitahu, koleksi buku yang ada di Kios Bacaan Komuniti adalah hasil sumbangan dari Perpustakaan Awam Daerah Jerantut selaku rakan jalinan strategik.

Pelbagai genre buku disediakan di sini dan ia boleh dijadikan bahan bacaan warga sekolah dan juga ibu bapa serta komuniti setempat.

Dalam pada itu, Perpustakaan Awam Daerah Jerantut telah menganugerahkan sekolah ini sebagai Sekolah Dalam Komuniti Tahun 2022 atas usaha mereka mewujudkan Kios Bacaan Komuniti.

Diharapkan, usaha SK Kg Baharu ini dapat menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain dalam merakyatkan ilmu dan proses pembelajaran sepanjang hayat.

Artikel berkaitan

Suka membaca buku? Ini 7 fakta menarik tentang buku yang pelajar perlu tahu 

Pasukan Selangor muncul johan walau ahlinya dari sekolah berbeza, bagaimana mereka lakukan?

Buku"Mari Kenali Sawit” inisiatif KPPK didik pelajar manfaat dan kebaikan minyak sawit


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok