Kepelbagaian usaha guru SMK Bandar Tasik Kesuma, untuk melahirkan pelajar cemerlang akademik

Iklan
SMK Bandar Tasik Kesuma Beranang Selangor

Kecemerlangan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor dapat dilihat menerusi kepelbagaian usaha dilakukan untuk melahirkan pelajar yang berjaya dalam bidang akademik.

Iklan
Iklan

Semua ini berlaku atas sokongan pengetuanya, Moh Salleh @ Mohd Salleh Salehin dan Cikgu Zalina Maidin yang juga Penggubal Modul Sejarah Tingkatan 5.

Iklan

Di bawah pimpinan Cikgu Zalina, SMK Bandar Tasik Kesuma mendapat pengiktirafan dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat atas Peningkatan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) Sejarah, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Iklan

Bukan itu sahaja, sekolah berkenaan turut mendapat penghargaan atas kecemerlangan pencapaian Melepasi Peratus Lulus PPD dalam SPMC 2021 (Sejarah).

Tidak cukup subjek Sejarah, SMK Bandar Tasik Kesuma juga mencapai Peningkatan GPMP Geografi dan Pendidikan Moral dalam SPM 2021.

Penerbitan modul bersepadu bagi keseluruhan mata pelajaran Tingkatan 1 dan Tingkatan 3 mendorong kepada kecemerlangan ini.

Inovasi buku kerja yang jarang dilakukan oleh kebanyakan sekolah ini turut dilampirkan dalam Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian.

Penggubal Modul Bahasa Inggeris Tingkatan 3, Amalina Salleh juga menyumbang kepada kecemerlangan akademik SMK Bandar Tasik Kesuma.

Jadi tidak hairanlah jika guru ini menerima Anugerah Tokoh Guru Kesuma 2021 oleh kerana usaha kerasnya untuk menggalakkan kemenjadian murid.

Artikel berkaitan

SMK Convent Pulau Tikus sertai ASSSB, sebelum henti operasi pada April 2023

Guru Cemerlang kongsi petua melahirkan anak-anak hebat

SMK Tun Syed Zahiruddin, budayakan amalan guru penyayang, lahir pelajar cemerlang


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok