smk convent
smk convent

SMK Convent Pulau Tikus sertai ASSSB, sebelum henti operasi pada April 2023

Rasyidah Zulkifi
26 Aug 2022 02:44pm
A
A
A

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Pulau Tikus, Georgetown, Pulau Pinang mencipta kenangan manis dengan menyertai Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian sebelum berhenti beroperasi sebagai sebuah sekolah kerajaan pada April 2023.

Begitupun, institusi yang ditubuhkan pada 1950 ini telah mencatat pelbagai kejayaan di peringkat daerah hingga ke peringkat antarabangsa dalam bidang akademik, hal ehwal murid dan kokurikulum.

Untuk kurikulum, barisan guru SMK Convent Pulau Tikus tidak mengenal penat lelah merancang pelbagai program kecemerlangan peningkatan akademik untuk memastikan semua pelajarnya cemerlang dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Hasilnya, nilai Gred Purata Sekolah (GPS) SPM 2021 menunjukkan peningkatan prestasi yang semakin baik dari 4.59 ke 4.34.

Kebajikan para pelajar juga diutamakan sebagai satu budaya di SMK Convent Pulau Tikus sehingga berjaya merangkul pelbagai anugerah beberapa tahun kebelakangan ini. Antaranya:

1. Penarafan 5 Bintang Tandas Sekolah Peringkat Negeri, anjuran Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (2022)

2. Saguhati dalam Pertandingan Video Kreatif 'Anti Buli' Peringkat Kebangsaan, anjuran Kementerian Pendidikan (KPM) (2021)

Penglibatan pelajar-pelajar dalam aktiviti kokurikulum juga membawa seribu satu faedah dari segi perkembangan sahsiah, emosi, rohani dan akhlak ke arah yang lebih baik. Antara pencapaiannya:

1. Menganjurkan International Best Practices Sharing Session 3.0 dan Kuiz Eco- Schools Peringkat Antarabangsa (2022)

2. Saguhati Pertandingan Video Kreatif ‘Anti buli anjuran KPM (2022)

3. Honorable Mention dalam Kangaroo Mathematics Competition (2021)

4. Tempat Ketiga dan Saguhati dalam Pertandingan E-Host Idol Peringkat Negeri (2021)

5. Menganjurkan International Best Practices Sharing Session 2.0 (Celebrating 10 Years Of Eco-Schools Malaysia) dan Kuiz Eco-Schools Peringkat Antarabangsa (2021)

6. Menganjurkan International Phostering Competition Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa (2021)

Semua ini direalisasikan dengan sokongan daripada pengetuanya, Khaw Juat Woon, yang berlapang dada memberikan kuasa kepada guru dan pelajar untuk membuat keputusan dalam apa jua program berkaitan sekolah.

Cikgu Juat Woon juga memberikan idea, sokongan dan sentiasa bersama barisan guru dalam usaha membina jaringan dengan pihak berkepentingan untuk memastikan kelancaran sesuatu program.

Beliau turut menyemarakkan semangat warga sekolah menerusi slogan ‘End In Glory and Leave A Legacy’ iaitu berusaha sehingga ke titik akhir dan meninggalkan nama baik untuk SMK Convent Pulau Tikus yang akan ditutup selama-lamanya pada tahun hadapan.

Artikel berkaitan

Penyertaan ASSSB SK Sungai Bagian, hasil kecemerlangan murid

Kejayaan pelajar dan guru suntik semangat SMK Dato’ Sulaiman sertai ASSSB

1,500 pelajar menyertai Pertandingan Phostering Antarabangsa SMK Convent Pulau Tikus


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan