Raih pelbagai kejayaan dalam bidang kokurikulum, faktor kemenjadian murid SK Alam Megah Dua

Iklan
Picture1 (1)
Kejayaan dalam bidang kokurikulum yang diraih warga Sekolah Kebangsaan (SK) Alam Megah Dua telah menjadi faktor utama kemenjadian murid-murid sekolah itu.Ia dibuktikan menerusi unit beruniform Pandu Puteri Tunas yang berjaya diberi penghormatan untuk menyertai The 18th Girl Scout International E-Camp dan dan program Stand Together for Peace anjuran World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) pada tahun 2021.Unit beruniform Pandu Puteri Tunas sekolah ini juga sentiasa aktif menyertai pelbagai program dan aktiviti antaranya Pertandingan Kuiz Tunas dan Pertandingan Idola Tunas sempena Program Pandu Puteri Tunas Malaysia Connect yang diadakan pada 2021.[caption id="attachment_45364" width="600"] Aktiviti Pandu Puteri Tunas yang dijalankan secara dalam talian akibat pandemik Covid-19.[/caption]Hakikatnya, kecemerlangan Pandu Puteri Tunas SK Alam Megah Dua tidak datang bergolek, sebaliknya ia merupakan hasil bimbingan daripada Cikgu Erawati Hudong.Sumbangan dan jasa berterusan dalam memastikan kemenjadian murid melalui unit beruniform ini telah melayakkan beliau menerima Anugerah Tangkai Padi oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor 2022 dan Anugerah Jasa Lama oleh Pandu Puteri Tunas Daerah Pandu Puteri Petaling Perdana 2022.Selain itu, kecemerlangan sekolah ini juga hadir di Malaysia Mathematics Competition (MMC) anjuran HOTS Educational Innovation Development apabila berjaya meraih lima Anugerah Gangsa bagi semua kategori yang dipertandingkan.Bagi Malaysia Science Competition (MSC) pula, SK Alam Megah Dua berjaya memenangi satu Anugerah Emas dan Anugerah Perak serta lima Anugerah Gangsa.Kejayaan dalam pelbagai bidang kokurikulum ini juga secara tidak langsung telah ditampilkan dalam penyertaan Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian.Secara keseluruhannya, pencapaian akademik dan kokurikulum seimbang seperti yang ditonjolkan oleh warga SK Alam Megah Dua mampu menyumbang ke arah kemenjadian murid.Artikel berkaitanKejayaan SK Kampung Simunul, hasil kecemerlangan pengurusan sekolahSekolah tubuh Nour TV, SAM Tengku Ampuan Jemaah asah bakat pelajarSikap keterbukaan SK Jalan Empat, dorong cemerlang semua program secara holistik

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok