Graduan perlu ada 5 kemahiran ini sebelum memasuki alam pekerjaan

Iklan
Graduan perlu ada 5 kemahiran ini sebelum memasuki alam pekerjaan
Sebelum melangkah ke alam pekerjaan, graduan perlu membuat persiapan dalam pelbagai aspek terutamanya kemahiran insaniah yang diperlukan sesetengah majikan.Ini kerana, kemahiran insaniah adalah keperluan utama pada hari ini di samping pencapaian akademik yang dimiliki oleh graduan terbabit.Dalam perkara ini, terdapat beberapa kemahiran yang harus dikuasai oleh graduan sebelum mereka memulakan kerjaya.Sinar Bestari kongsikan lima kemahiran untuk panduan graduan dan kita semua. Jom tengok.1) Kemahiran BerkomunikasiKemahiran ini merupakan kemahiran paling asas yang perlu diutamakan kerana majikan akan meneliti dan menguji graduan sama ada kemahiran berkomunikasi mereka benar-benar pada tahap yang diingini.Memandangkan pada masa ini Malaysia merupakan salah sebuah negara dunia ketiga yang pesat membangun, maka tidak hairanlah mengapa Malaysia pada masa ini dibanjiri oleh pelabur-pelabur asing yang ingin menjalankan perniagaan yang sesuai dengan iklim ekonomi negara.Secara tidak langsung, situasi ini akan memerlukan tenaga kerja mahir yang pastinya boleh berkomunikasi dengan baik terutamanya dalam Bahasa Inggeris.Bukan sahaja hanya mampu bertutur dengan fasih, tetapi juga menguasai secara lisan. Ini kerana, penguasaan terhadap Bahasa Inggeris seperti berkomunikasi dengan baik akan membolehkan bakal graduan menghasilkan idea yang kritis dan kreatif untuk membantu menarik minat pelabur agar mengikat perjanjian perniagaan.[caption id="attachment_46317" width="600"] Gambar hiasan daripada Unsplash.[/caption]2) Kemahiran KepimpinanKejayaan sesebuah perniagaan atau jatuh bangunnya sesuatu itu adalah berdasarkan kepada kepimpinan.Walaupun bakal graduan tidak akan memegang jawatan tertinggi terus ketika menceburkan diri di dalam bidang pekerjaan, namun mereka perlu menunjukkan potensi sebagai seorang pemimpin yang mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan seterusnya melaksanakan tugas tersebut kerana ciri-ciri kepimpinan juga akan dinilai oleh majikan.Mereka juga perlu mampu menunjukkan potensi dalam memotivasikan dan memberi dorongan kepada rakan sekerja yang akan bekerja bersama mereka kelak.3) Kemahiran kerja berpasukanKemahiran kerja berpasukan adalah berbeza daripada kerja individu.Kerja berpasukan menuntut seseorang itu bekerja dengan lebih ramai orang tetapi dalam satu kumpulan. Komitmen yang tinggi sangat dituntut dalam kerja berpasukan.Seseorang itu perlu menunjukkan dia adalah seorang pemain di dalam pasukan tersebut, selain mampu dan berkeupayaan untuk menguruskan dan menjadi wakil dalam tanggungjawab yang diberikan.Selain itu, bekerja di dalam satu pasukan juga menuntut agar seseorang mampu serta dapat membina hubungan yang positif dengan rakan sekerja yang lain.4) Kemahiran penyelesaian masalahKemahiran ini adalah di antara kriteria yang paling penting dan utama kepada majikan dalam mencari pekerja. Maka, perlu bagi bakal graduan untuk cuba memajukan diri dengan mempersiapkan diri mereka di dalam menguasai kemahiran ini.Bakal graduan seharusnya lebih bersedia dari pelbagai aspek, seperti mental kerana penyelesaian masalah merupakan proses mental dalam mengatasi halangan ketika melakukan sesuatu tugasan.Walaupun boleh mendatangkan cabaran, namun kejayaan dalam menyelesaikan masalah itu akan menimbulkan keseronokan.[caption id="attachment_46316" width="600"] Gambar hiasan daripada Unsplash.[/caption]5) Kemahiran pengurusanMelalui kemahiran ini, majikan akan menilai sama ada graduan itu mampu menguruskan sesuatu yang akan dipertanggungjawabkan kepadanya. Malah, majikan juga akan mempastikan sama ada graduan itu mampu melakukan kerja secara efisien dan produktif untuk menjamin kualiti kerja yang baik serta pada tahap yang diingini.Dalam kemahiran pengurusan ini, perkara yang sangat penting juga ialah pengurusan masa.Kemahiran pengurusan yang baik adalah bonus buat sesuatu organisasi kerana bukan sahaja mempunyai pekerja yang cekap dan efisien dalam melakukan tugasan yang diberi, tetapi juga sebagai jaminan kepada penghasilan kerja yang berkualiti, malah mampu memuaskan hati pelanggan.[caption id="attachment_46318" width="600"] Gambar hiasan daripada Unsplash.[/caption]Artikel berkaitanRezeki majikan di Malaysia! Bakal terima graduan yang lebih bersedia memasuki alam pekerjaanKarnival kerjaya bantu graduan dapatkan pekerjaan Graduan UiTM terima Anugerah Khas, keluarga dan pensyarah pembakar semangat

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok