Peserta mobiliti kongsi pengalaman berharga sepanjang 5 hari di Turkiye

Iklan
Peserta mobiliti kongsi pengalaman berharga sepanjang 5 hari di Turkiye

Jauh perjalanan, luas pemandangan. Inilah peribahasa yang sesuai digambarkan kepada enam kakitangan akademik dan staf pentadbiran, Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menyertai program mobiliti di Cankiri Karatekin University, Turkiye, baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Bukan sahaja memperoleh pelbagai pengalaman menarik di negara orang tetapi turut dibekalkan pengetahuan baharu yang pastinya begitu berharga.

Iklan

Menurut Timbalan Dekan (Akademik dan Pengantarabangsaan), Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, Dr Lim Fui Yee Beatrice, program tersebut membolehkannya merasai sendiri cabaran pensyarah luar negara mengajar pelajar tempatan yang belum pernah dialaminya sebelum ini.

Iklan

"Pengalaman ini memberikan saya peluang meningkatkan kemahiran silang budaya yang amat bermanfaat untuk diterapkan semasa menjalankan pengajaran di UMS khususnya dalam sesi kuliah melibatkan pelajar-pelajar antarabangsa.

"Pada masa yang sama, saya tertarik dengan pendekatan sistem pendidikan Turkiye yang mengadunkan perspektif global dalam sistem pengajaran dan pembelajaran.

"Melalui pendekatan tersebut, saya melihat ia mampu melahirkan graduan yang mempunyai ciri-ciri pemimpin global yang peka kepada perubahan geo-politik dan sosio-ekonomi dunia,” kongsinya.

Tambah beliau, program mobiliti tersebut juga memberi laluan kepada pemerkasaan ilmu menerusi penyelidikan, penerbitan dan pertukaran budaya melibatkan ahli akademik, staf pentadbiran dan para pelajar di kedua buah negara.

Sementara itu, turut berkongsi pengalaman yang sama ialah Timbalan Pengarah Pusat Pengantarabangsaan dan Penglibatan Global, UMS, Profesor Madya Dr Wardatul Akmam Din.

Katanya, program tersebut memberi pengetahuan yang sangat berguna terutamanya dalam pelaksanaan sesuatu aktiviti.

Dalam pada itu, dua kakitangan pentadbiran UMS iaitu Junainah Ismail dan Arvina Matthew menyifatkan ketelitian dalam pengurusan aktiviti dapat mengurangkan kebergantungan berlebihan sumber tenaga dan pengurangan kos pengurusan.

"Itu adalah antara pengetahuan yang kami peroleh sepanjang mengikuti program mobiliti. Selain itu, komunikasi yang mudah difahami memainkan peranan yang cukup penting dalam mempastikan perkhidmatan yang berkualiti dapat disampaikan,” ujar mereka.

Tambah dua kakitangan pentadbiran ini lagi, beberapa kemahiran praktikal lain turut diperoleh melalui perkongsian kakitangan pentadbiran dari universiti berkenaan.

Ia termasuklah tatacara pengurusan dokumentasi yang cekap dan cepat, selain pengendalian majlis hanya dibuat oleh staf tertentu dengan memberi tumpuan kepada perkara yang penting sahaja.

Turut serta dalam program tersebut ialah Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) Fakulti Sains dan Sumber Alam, UMS, Profesor Madya Dr Darmesah Gabda dan Pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan, UMS, Profesor Madya Dr Suyansah Swanto.

Sebelum itu, program mobiliti di Cankiri Karatekin Universitiy telah berlangsung selama lima hari dan turut disertai peserta dari negara Algeria, Sudan, Tunisia dan Bangladesh.

Artikel berkaitan 

Rezeki UMS, rangkul 2 anugerah pada majlis AKRI 2022 

Penyelidik UMS bangunkan aplikasi tempahan makanan kantin sekolah

Anugerah Pengarah bukti kesungguhan Mohd Hamzah untuk menjadi arkitek berjaya


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok