Pasukan Koir UiTM ungguli kejuaraan Festival Koir Antarabangsa di Barcelona

Iklan
UCC-Barcelona
Pasukan koir Universiti Teknologi MARA (UiTM), UiTM Chamber Choir (UCC) berjaya mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa apabila merangkul kejuaraan di Festival dan Pertandingan Koir Antarabangsa Pablo Casals Ke-11 di Lloret de Mar, Barcelona, Sepanyol pada 24 September lalu.Catatan markah tertinggi telah melayakkan pasukan itu memenangi tempat pertama dalam tiga kategori iaitu 100 markah dalam kategori ‘Folklore’, 99.3 markah dalam kategori ‘Mixed Voice’, dan 97.8 markah dalam kategori ‘Pablo Casals’.Pasukan yang dipimpin oleh Profesor Madya Dr Masashi Kishimoto itu turut dinobatkan sebagai juara keseluruhan ‘Grand Prize’ di pertandingan tersebut melalui undian daripada juri.[caption id="attachment_46550" width="600"] UCC juga berjaya merangkul kejuaraan bagi kategori berkumpulan pada Piala Grand Prix Pertandingan Koir Antarabangsa Isola Del Sole ke-10, di Grado, Itali.[/caption]Secara tidak langsung, pasukan koir yang ditubuhkan pada tahun 2015 itu telah mengulangi kejayaan pada tahun 2017 di Prague dengan menewaskan 16 pasukan koir yang lain untuk merangkul piala tersebut.Selain itu, baru-baru ini UCC juga berjaya merangkul kejuaraan bagi kategori berkumpulan pada Piala Grand Prix Pertandingan Koir Antarabangsa Isola Del Sole ke-10, di Grado, Itali.Dalam pada itu, kejayaan tersebut turut meraih perhatian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah yang menzahirkan ucapan tahniah.[caption id="attachment_46551" width="600"] Hantaran dengan ucapan tahniah daripada ang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah di laman Facebook Istana Negara.[/caption]"Semoga dilimpahi kecemerlangan berterusan," kata Seri Paduka dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi Istana Negara, baru-baru ini.Sebelum itu, UCC pernah mencipta kemenangan di peringkat antarabangsa seperti di Bali, Indonesia pada 2015; Rom, Itali pada 2017; Torun di Poland dan Wernigerode di Jerman pada 2019.Artikel berkaitanTahniah! Terima biasiswa antarabangsa, 2 pelajar ini berjaya tamatkan program pertukaran di Korea SelatanInovasi kenal pasti penyakit Scoliosis terima penganugerahan Tokoh Muda Kejuruteraan Malaysia pertamaAmeera cemerlang di The University of Edinburgh, raih ijazah kelas pertama dan pingat pencapaian

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok