306623964_10159866665110255_4458293548007015946_n
306623964_10159866665110255_4458293548007015946_n

Inovasi kenal pasti penyakit Scoliosis terima penganugerahan Tokoh Muda Kejuruteraan Malaysia pertama

Adlan Farhan Azwan
28 Sep 2022 02:23pm
A
A
A

Hasil inovasi Profesor Madya Jabatan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM), Ir Ts Dr Lai Khin Wee, dalam mencipta alat bacaan digital automatik bagi mengenal pasti penyakit Scoliosis berjaya melayakkan beliau menerima penganugerahan Tokoh Muda Kejuruteraan Malaysia yang pertama.

Anugerah Tokoh Muda Kejuruteraan Malaysia merupakan pengiktirafan kepada tokoh ikonik jurutera muda berumur 40 tahun dan ke bawah yang telah menampilkan sifat kepimpinan luar biasa dan memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-50 Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), baru-baru ini.

Menurut Khin Wee, anugerah itu adalah satu pengiktirafan besar kepada usaha keras dan projek yang beliau usahakan.

“Sebagai jurutera, saya ingin menghasilkan produk atau rekaan yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat terutamanya dalam sektor perubatan dan selaras dengan misi UM iaitu berbakti kepada negara dan memberi impak kepada dunia,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Khin Wee menunjukkan cara penggunaan alat Scoltech untuk mengenal pasti penyakit Scoliosis.

Jelasnya lagi, kebanyakan pesakit Scoliosis adalah dalam kalangan remaja perempuan berumur lapan hingga 15 tahun di mana tulang belakang membengkok atau melengkung ke kiri atau ke kanan.

“Sebelum ini, peralatan yang digunakan bagi mengenal pasti penyakit ini menggunakan pengiraan manual dan memerlukan masa yang panjang serta kurang tepat.

“Inovasi yang dipanggil Scoltech ini lebih ringan dan ringkas untuk digunakan oleh pengamal perubatan bagi membantu mengenal pasti penyakit lebih awal supaya dapat mencegah penyakit tersebut menjadi lebih teruk dan rawatan awal dapat diberikan,” tambahnya.

Alat Scoltech bakal memberi manfaat kepada semua masyarakat.

Dalam pada itu, tambah beliau, rawatan awal juga dapat mengurangkan masalah pernafasan, kesukaran berjalan dan juga mengurangkan tekanan kepada paru-paru pesakit.

“Alat ini telah diuji oleh pengamal perubatan di Pusat Perubatan UM dan lebih 10 pusat rawatan chiropractor,” ujar Khin Wee.

Artikel berkaitan

Status OKU penglihatan bukan penghalang buat Cikgu Iran Shah cipta inovasi lancarkan PdP

Pensyarah UM perkenal terapi ‘Protraction Headgear’, bantu kanak-kanak hadapi masalah rahang

Kerja keras 4 penyelidik berbaloi apabila inovasi COVTIS69 mereka muncul juara


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok