dongguk uni korea
dongguk uni korea

Tahniah...Terima biasiswa antarabangsa, 2 pelajar ini berjaya tamatkan program pertukaran di Korea Selatan

Rasyidah Zulkifi
30 Sep 2022 12:23pm
A
A
A

Pelajar yang benar-benar cemerlang kebiasaannya berpeluang untuk menjalani program pertukaran di universiti luar negara.

Selain hebat dalam pencapaian akademik, mereka ini disifatkan mudah beradaptasi dengan budaya luar.

Baru-baru ini, dua pelajar Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Ho Shu Jun dan Yeoh Peyee menerima biasiswa daripada program Asian International Mobility for Students (AIMS) dan menghabiskan satu semester sebagai pelajar pertukaran di Dongguk University, Gyeongju, Korea Selatan.

Menurut Shu Jun, sepanjang empat bulan di sana, dia mendapat banyak pengalaman.

Pelajar pertukaran program UMS di Dongguk University, Korea Selatan.

“Saya menghargai peluang yang diberikan oleh UMS untuk menyertai program mobiliti antarabangsa ini.

“Bagi saya, membaca seribu buah buku tidak boleh disamakan dengan perjalanan merantau ke tempat lain sejauh seribu batu.

“Memang benar kadang-kadang pengajaran yang diperolehi daripada pengalaman hidup sendiri lebih kaya dan lebih berkait berbanding dengan apa yang dibaca melalui buku,” katanya dalam satu kenyataan.

Sambungnya, mereka berdua menghadapi cabaran semasa belajar di sana disebabkan sekatan Covid-19 belum ditarik balik di negara itu.

“Selepas tiba di Incheon, kami telah dikuarantin selama tujuh hari, selama seminggu itulah, makanan dihantar ke bilik mengikut jadual.

“Tamat sahaja tempoh kuarantin, kami terpaksa menaiki Airport Railroad dan Korea Train Express untuk pergi ke Gyeongju.

“Gyeongju merupakan mercu tanda bersejarah di Korea, termasuk Cheomseongdae dan Jambatan Woljeong,” ujarnya.

Sementara itu, Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan UMS, Profesor Madya Dr Mohd Rahimie Abd Karim, berkata program mobiliti antarabangsa ini adalah penting kepada pelajar-pelajar kerana memberikan pengalaman kepada mereka.

“Fakulti telah terlibat secara aktif dalam program mobiliti antarabangsa untuk kedua-dua kakitangan dan pelajar.

“Pada bulan September nanti, dua pelajar dari fakulti ini akan mendaftar di Dongguk University WISE Campus, manakala tiga pelajar warganegara Korea akan menghabiskan satu semester di UMS bulan Oktober ini,” ujarnya.

Artikel berkaitan

Program pertukaran beri peluang Cikgu Nasir timba pengalaman di Korea Selatan

UniKL penuhi impian untuk belajar di Korea Selatan 

Genggam PhD pada usia muda, Zulfati Izazi kini pensyarah hebat di Korea


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan