7 aplikasi belajar bahasa Arab

Iklan
Untitled design (55)

Menguasai bahasa ketiga selain bahasa Melayu dan Inggeris di negara ini, boleh menjadi nilai tambah kepada diri sama ada untuk tujuan melanjutkan pengajian, berkomunikasi, bersosial mahupun membina kerjaya.

Iklan
Iklan

Di Malaysia, salah satu bahasa yang menjadi pilihan ialah bahasa Arab sebagai bahasa ketiga.

Iklan

Kebanyakan daripada kita yang beragama Islam sudah didedahkan dengan bahasa itu sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Iklan

[caption id="attachment_47015" width="600"] Gambar hiasan.[/caption]

Di peringkat universiti dan institusi pengajian tingi (IPT) pula, bahasa tersebut menjadi antara pilihan pelajar untuk meningkatkan kemahiran dalam menguasai bahasa ketiga selain Mandarin, Jepun, Perancis, Korea dan Jerman.

Meskipun bahasa Arab sering dikaitkan sebagai bahasa al-Quran dan digunakan ketika melakukan ibadah, namun dalam konteks dunia hari ini, ia tidak terhad kepada itu sahaja.

Ia bermakna, sesiapa yang berjaya menguasainya pada hari ini akan memudahkan komunikasi dua hala dengan penutur jati bahasa berkenaan dalam pelbagai urusan, sekali gus menambahkan keyakinan diri.

Bagaimanapun, kebolehan untuk menguasai bahasa Arab sebenarnya bergantung kepada kesungguhan individu itu untuk belajar.

Kini, dalam dunia yang teknologinya semakin pesat, tidak hairanlah jika seseorang itu memilih untuk belajar menerusi aplikasi tertentu yang terdapat di telefon pintar.

Menerusi cara itu, pelajar terutamanya golongan pemula boleh memilih pelbagai aplikasi yang terdapat di dalam telefon masing-masing untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Arab dengan hanya di hujung jari.

Cara itu tentunya boleh menjimatkan masa, tenaga dan kos berbanding masuk ke kelas fizikal.

Oleh itu, bagi pemula yang ingin belajar bahasa Arab, anda boleh melihat tujuh aplikasi ini.

[caption id="attachment_47016" width="400"] Aplikasi Belajar Bahasa Arab + Suara.[/caption]

Belajar Bahasa Arab + Suara

Aplikasi ini membantu kanak-kanak untuk mempelajari bahasa Arab dengan mudah menggunakan visual dan audio. Konsep pembelajaran ini dirancang secara interaktif disertai dengan permainan dan audio bagi menarik minat golongan itu untuk terus mempelajarinya. Mereka akan didedahkan dengan pelbagai kosa kata berdasarkan apa yang ada di sekeliling seperti di dalam kelas atau di rumah.

Belajar Bahasa Arab Lengkap

Aplikasi ini membantu pelajar mengenal anggota badan, haiwan, pakaian, warna, bentuk, angka, buah-buahan, ahli keluarga, hari, objek di rumah dan juga kelas dalam bahasa Arab. Ia turut dilengkapi dengan permainan menarik bagi membantu meningkatkan minat kanak-kanak untuk terus mempelajari bahasa tersebut.

Learn Arabic for Beginners

Aplikasi ini dibangunkan untuk pelajar yang berminat mempelajari asas bahasa Arab. Selain itu, ia juga boleh meningkatkan keupayaan untuk berkomunikasi secara dua hala menerusi kaedah perbualan yang dimuatkan dalam aplikasi berkenaan. Pelajar juga boleh memilih sendiri topik yang mahu dipelajari, antaranya anggota badan, pakaian, warna, emosi, nombor, hari, buah-buahan atau makanan.

[caption id="attachment_47017" width="400"] Aplikasi Learn Arabic - 11,000 Words.[/caption]

Learn Arabic - 11,000 Words

Aplikasi ini meningkatkan penguasaan kosa kata untuk golongan pemula. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan penguasaan bahasa Arab bagi urusan kerja, antaranya untuk pemandu teksi, pekerja hotel atau restoran, pembantu kabin dan pembantu jualan. Aplikasi ini juga sesuai untuk membantu anda yang merancang mahu melancong atau mempunyai urusan ke negara-negara Arab. Beberapa contoh perbualan dalam bahasa Arab seperti membuat tempahan bilik hotel dan memesan makanan turut disediakan.

AlifBee - Learn Arabic Easily

Aplikasi ini cukup inovatif untuk membantu anda belajar membaca dan menulis dalam bahasa Arab. Selain itu, ia juga membantu anda memahami perbualan dan meningkatkan kecekapan bertutur dalam bahasa itu. Menariknya mengenai aplikasi ini, ia telah direka bentuk dengan teliti oleh pakar yang cukup berpengalaman.

Kosa Kata Bahasa Arab Offline

Menerusi aplikasi ini, anda boleh mempelajari pelbagai kosa kata yang sering digunakan dalam kehidupan seharian. Mengambil kira pentingnya bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran, aplikasi ini juga menyediakan kamus bagi membantu memudahkan proses pembelajaran.

[caption id="attachment_47018" width="400"] Aplikasi Learn Arabic: Speak Arabic.[/caption]

Learn Arabic: Speak Arabic

Kaedah pembelajaran dalam aplikasi ini berupaya membantu menambahkan kosa kata, meningkatkan kemahiran tatabahasa dan sebutan. Selain itu, anda juga boleh meningkatkan kemahiran dalam membaca, mendengar, menulis dan bercakap dalam bahasa Arab.

Artikel berkaitan

9 aplikasi permainan ragbi, jom kita baca

5 aplikasi permainan boling

Tarik minat 177 pelajar MRSM Tingkatan 3, bangunkan aplikasi Artificial Intelligence (AI)


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok