aplikasi AI
aplikasi AI

Tarik minat 177 pelajar MRSM Tingkatan 3, bangunkan aplikasi Artificial Intelligence (AI)

Rasyidah Zulkifi
07 Oct 2022 03:10pm
A
A
A

Teknologi kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) meliputi segenap perkara dalam kehidupan pada hari ini termasuk dunia pendidikan.

Ramai anak muda cenderung ke arah bidang teknologi maklumat AI bagi memenuhi keperluan semasa.

Seramai 177 pelajar Tingkatan Tiga, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Bentong, Pahang menyertai Bengkel Pengenalan Kecerdasan Buatan anjuran Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor.

Program tersebut bertujuan untuk menarik minat pelajar MRSM Bentong kepada bidang kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI).

Menurut Penyelaras Program, Profesor Madya Ts Dr Nurfadhlina Mohd Sharef, bengkel itu dianjurkan bagi memberi pendedahan awal kepada para peserta dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Fasilitator membimbing peserta-peserta bagi membangunkan aplikasi AI dengan mudah,

“Bengkel itu dibimbing oleh fasilitator dari UPM bagi membangunkan aplikasi kecerdasan buatan dengan mudah.

“Berbagai-bagai aktiviti telah dijalankan termasuk aktiviti taklimat, kuiz, hands-on pembangunan aplikasi dan sebagainya lagi.

“Respon yang baik diberikan oleh pelajar di mana mereka ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program AI dan membuatkan mereka ingin meneroka lebih banyak lagi dalam bidang itu,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Selain itu, bengkel tersebut turut dikendalikan oleh Pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), UPM, Ts Dr Nurul Amelina Nasharuddin dan dibantu oleh INSPEM, UPM iaitu Dr Mohd Rohaizat Abdul Wahab, Zahratun Nur Yosminar dan Mohd Feziulnida Abdul Manan.

Salah seorang peserta program, mahu dikenali sebagai Dayana Batrisya berkongsi pandangan bahawa AI merupakan topik yang menarik.

“Sebelum ini saya tidak mengetahui mengenainya, kini sangat berminat dengan bidang AI dan saya berharap dapat menyambung pengajian dalam bidang ini di UPM,” katanya.

Sementara itu, melalui bengkel tersebut para peserta dapat memahami dan mendalami bidang kecerdasan buatan serta dapat membangunkan aplikasi sendiri.

Para peserta juga diberikan ‘micro-credentials’ UPM iaitu pensijilan secara digital bagi mengiktiraf penguasaan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi pelajar dalam kecerdasan buatan.

Artikel berkaitan 

Guru kongsi aktiviti ‘Buku Gergasi’, tarik minat murid mendalami maksud sajak

9 tip tarik minat pelajar suka subjek geografi

Tarik minat golongan muda ke arah STEM dengan Galeri Robotik Cybernetics


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok